Ugut Jpj Dengan Pisau Selepas Gagalkan Ujian Memandunya

Pernah tak korang rasa frust bila dah cuba ujian memandu berkali-kali tapi gagal bila sampai part memandu dengan JPJ tu? Admin dulu pernahlah rasa kecewa tu tapi takdelah sampai ke tahap nak buat benda gila macam lelaki yang viral ni.

Menurut Harian Metro, seorang lelaki yang sudah 4 kali gagal ujian memandu bertindak tidak masuk akal dengan menghunuskan pisau terhadap pegawai JPJ di Batang Benar, Mantin, Nilai. Uishhh!

Tertekan asyik gagal, suspek keluarkan pisau sayur 30 cm daripada beg 

Dalam kejadian yang berlaku pada 10.23 pagi, suspek yang berusia 18 tahun ini dilaporkan sedang jalani ujian memandu bersama seorang anggota JPJ yang berusia 34 tahun.

Suspek yang juga penuntut kolej ni katanya dah buat banyak kesalahan termasuklah tidak berhenti ketika lampu isyarat merah menyala. Malah lebih mengejutkan, ini adalah kali keempat suspek ambil ujian memandu tau. 

Sumber: Facebook

Disebabkan kesalahannya di lampu merah, pegawai JPJ terbabit minta calon yang gagal tu berhenti kereta 50 meter dari persimpangan lampu isyarat. Tapi ketika nak tukar pemandu, suspek ambil beg yang dibawa dan keluarkan pisau sayur berukuran 30 cm. Aiyok! 

Hunus pisau pada rusuk kanan, tegas mahu lulus ujian memandu

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar beritahu yang suspek bertindak berani dengan hunus pisau berkenaan pada rusuk kanan mangsa dan bertegas mahu lulus ujian memandu.

Sumber: Facebook

Macam manapun, anggota JPJ terbabit berjaya membuka kereta dan menyelamatkan diri dengan menghubungi penyelia calon dan polis ke tempat kejadian. Suspek yang berjaya diberkas kemudian dibawa ke Balai Polis Mantin.

“Ujian air kencing turut dilakukan ke atas suspek yang berasal dari Kuala Lumpur namun mendapati dia negatif dadah. Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan bunuh,” katanya

Sumber: Facebook

“Belum dapat lesen dah tunjuk gangster jalanan kat JPJ” 

Rata-rata netizen yang mengikuti kes ini menganggap kejadian itu pelik dan tidak faham mengapa calon tersebut harus memarahi anggota JPJ sedangkan ia tanggungjawab calon untuk berusaha lulus ujian.

Sumber: Facebook

Haish dengan acu pisau ni korang ingat boleh lulus ujian memandu ke? Kan dah tak memasal masuk jel pulak. Lesen ke mana, kereta ke mana. 

Baca: Guna Ular ‘Viper’ Untuk Ugut Wanita Buat Seks Dekat Hotel, Sekali Diri Sendiri Mati Kena Patuk

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *