LeIaki ini tweet bini mengidam nasi Lemak atas flight, ini respon balas Air Asia

Siapa yang tak sayangkan isteri ? Kalau boleh semua kehendak yang boleh dipenuhi, si suami penuhi. Lebih-lebih lagi sewaktu isteri sedang mengidam ketika hamil.

Beberapa hari lalu, seorang pengguna Twitter yang dikenali dengan @amsuda telah memuat naik sebuah tweet yang memberitahu bahawa isterinya mengidamkan nasi lemak Pak Nasser. Tweet tersebut menunjukan perbualan whatsapp antara isteri Azham dengannya.

 

Dalam tweet tersebut, Azham, nama sebenar telah me-mention tweet Air Asia oleh kerana nasi lemak Pak Nasser hanya boleh didapati dalam penerbangan Air Asia (in flight meal).

Tweet Azham kemudiannya dibanjiri dengan komen oleh netizen. Tanpa disangka, ramai yang bermurah hati untuk menawarkan bantuan kepada lelaki ini.
Ramainya yang nak tolong, terharu !

Air Asia reply tweet
Dalam pada itu Air Asia juga telah membalas tweet lelaki tersebut. Lihat gambar di bawah untuk melihat respon yang diberikan oleh Air Asia.

Ekoran daripada balasan komen oleh Air Asia, ramai netizen yang menganggap perkara ini satu hal yang lucu.
Dia nak pergi indon tu..

Admin Air Asia mesti perempuan…

Harap wife aku terus terang nanti..

Semoga anak bro lahir dalam flight..


Mana nak dapat laki cemni..?


Sumber : Twitter Azham

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *