Berlaku tidak puas hati lelaki ini terhadap pekerja parking ini, di pejabat parking sebuah hotel 5 bintang

Sebuah video tular aksi tidak puas hati seorang lelaki yang bertindak menyerang pekerja di sebuah pejabat tempat letak kereta yang dipercayai berlaku di sebuah hotel 5 bintang di Kuala Lumpur. Melalui video tersebut berlaku pertengkaran mulut antara mereka, dan lelaki itu bertindak membaling “walkie talkie”. Tidak puas dengan itu dia bertindak masuk kedalam pejabat dan cuba memukul pekerja tersebut.

Diharapkan pelaku tersebut dihadap ke muka pengadilan kerana kekerasan tidak dapat menyelesaikan apa2 masalah.

This incident happended on 18-9-2018 at a car park office in a 5 star hotel in Kuala Lumpur. The poor staff had to undergo this treatment from this guy just because he thinks he is a big shot vvips, or something like that. I am sure a police report must have been made but no action has been taken till todate. Please viral this so this mad culprit is brought to justice. Pls find cctv and pic.

“fb-video fb_iframe_widget fb_iframe_widget_fluid_desktop fb_iframe_widget_fluid” data-href=”https://www.facebook.com/michaelksfoo/videos/10216769693216088/” data-width=”747″>

Parkir kereta guna aplikasi

ParkAide (M) Sdn Bhd (ParkAide) dengan kerjasama Secure Parking Corporation Sdn Bhd (Secure) memperkenalkan kaedah baru parkir kenderaan menggunakan aplikasi telefon pintar tanpa menggunakan tiket.

Ketua Pegawai Teknologi ParkAide, Jason Soong berkata, inisiatif baru ini benar-benar akan menukar cara pengguna meletakkan kereta dan mengakses perkhidmatan letak kereta.

“ParkAide bukan hanya satu aplikasi telefon pintar tetapi ia satu penyelesaian isu letak kereta mesra alam yang menggunakan kemudahan dan fungsi serba boleh telefon pintar untuk mengubah dan meningkatkan pengalaman meletak kereta bagi setiap pemandu kenderaan,” katanya.

Aplikasi ParkAide merangkumi ciri fungsi penempahan ruang letak kereta dengan telefon pintar ke fungsi SOS dalam kes kecemasan.

Ia bukan saja dibangunkan untuk meningkatkan kemudahan pemandu, malah membuat keputusan keperluan pengendali tempat letak kereta dalam industri yang semakin sengit.

“Pengendali tempat letak kereta juga tidak perlu menanggung perbelanjaan modal tambahan untuk menyalurkan ParkAide dalam operasi mereka yang sedia ada,” kata Soong.

Sebagai pengendali, mereka juga dapat mengesan jumlah ruang yang tinggal dan transaksi yang dibuat pada masa sebenar dengan ParkAide.