Rakyat tak layak tegur menteri sebab tak sampai level menteri.

Sebelum ini viral di media sosial seorang menteri agama telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan mula menarik dan mengkaji semula undang undang berhubung dengan mengetuk pintu hotel dan menangkap sesiapa yang berkhalwat ataupun melakukan maksiat di hotel hotel murah dan sebagainya di Malaysia. Kenyataan ini menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat Malaysia kerana menteri menteri baru seolah olah tidak menguatkuasakan undang undang agama bagi pesalah.

Berikutan dari kutukan di media sosial , Menteri agama tersebut mengambil keputusan untuk membalas segala persoalan netizen dengan melakukan sidang media yang menjadi viral di laman sosial kerana kata kata menteri agama tersebut yang agak berlagak dan kasar semakin membuatkan netizen mula tidak merasakan bahawa menteri tersebut adalah menteri yang sesuai dengan jawatannya dengan kata katanya yang agak bongkak.

Menteri tersebut seolah olah memberitahu bahawa netizen yang mengecam tindakan beliau tidak layak untuk memberi nasihat kepadanya kerana rakyat masih belum sampai level menteri tersebut . Beliau juga menganggap bahawa netizen yang menegur seolah olah masih tidak cukup ilmu untuk menegur tindakan beliau untuk membuat keputusan tersebut.

Menteri tersebut turut mengatakan bahawa netizen sepatutnya medengar penjelasan dari mulut beliau sendiri sebelum membuat andaian tentang keputusan yang dibuat beliau berkenaan dengan perihal agama didalam Malaysia kerana beliau terlebih dahulu mengkaji perkara tersebut sebelum melakukan apa apa keputusan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *