Pakar dakwa dah tangkap, soal ketua jin dan geng. Apabila ditanya apa yang mereka lakukan pada 6 anggota bomba yang terk*rban, Ini jawapan mengejutkan dari ketua jin

PETALING JAYA: Insiden melibatkan enam anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) yang terkorban pada minggu lalu ternyata mengejutkan banyak pihak.

Selain komen simpati dan ucapan takziah, tidak kurang juga segelintir individu yang tergamak mempertikai keupayaan Pasukan Penyelamat Dalam Air (PPDA) dalam kejadian berkenaan.

Turut menarik perhatian ialah kenyataan sebuah laman Facebook yang mendakwa tragedi itu berpunca daripada gangguan jin di lombong tersebut.

Bagi mendapatkan kepastian, mStar Online menghubungi pengendali laman Facebook Rawatan Ilahana bagi merungkai dakwaan berkenaan.

Menggelarkan dirinya sebagai pakar tangkap jin, Sa’ad Jaafar, 45, berkata, dia berasa pelik sebaik sahaja membaca berita mengenai kematian enam anggota bomba ketika melakukan usaha menyelamat.

Paparan skrin kenyataan di laman Facebook Rawatan Ilahana yang mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

“Setelah terbaca berita dalam talian mengenai insiden itu, saya berasa pelik sebab enam orang anggota mati lemas sekali gus.

“Apa yang saya tahu mereka memang mempunyai kepakaran berenang dan menyelam, saya rasa macam ada yang tak kena dengan mereka.

“Malam itu kami duduk berzikir dan fokus mencari apa-apa gangguan yang menjadi penyebab insiden itu,” ujarnya pada Rabu.

Sa’ad mendakwa pihaknya berjaya mengesan jin tersebut sebelum menangkap ketua dan ahli-ahlinya pada malam itu sebelum mereka disimpan dalam satu ‘penjara khas’ yang berada di alam ghaib.

Tambahnya lagi, dia turut menyoal jin yang ditangkap bagi mengetahui apa sebenarnya yang berlaku ke atas enam anggota berkenaan.

“Selepas tangkap ketua jin dan semua geng mereka, kami ikat, buang ilmu yang ada pada jin-jin itu kerana kalau ilmu itu tak dibuang, mereka boleh hilangkan diri dan lari.

“Kami ‘belasah’ cukup-cukup ketua jin itu hingga ia tak bermaya dan selepas itu kami buat soal siasat. Saya tanya apa yang mereka lakukan pada anggota yang terk*rban.

“Jin itu berkata, mereka menutup pandangan mata enam anggota tersebut sehingga tidak dapat melihat sebelum dibawa ke pusaran air dan lemas,” dakwa Saad lagi.

Dalam pada itu, Sa’ad berkata setiap manusia juga mempunyai jin mereka tersendiri.

Malah dakwanya, gangguan jin tidak boleh dielak melainkan mereka ditangkap dan diusir seperti mana yang dilakukan oleh perawat-perawat lain.

“Jin ada di mana-mana, semua orang pun ada jin yang ganggu. Jin tapak rumah, jin saka keturunan, memang banyak.

“Jadi cara paling baik ialah jin itu perlu ditangkap dan dikurung di penjara khas, barulah selesai masalah.

“Bagi yang dah tak ada jin ganggu, untuk elakkan diganggu yang lain pula, kena dekatkan diri pada Allah dan tinggalkan apa yang dilarang agama,” jelasnya.

Mengulas mengenai tangkapan jin melibatkan kes bomba tempoh hari, Sa’ad berkata, dia dan seorang lagi rakannya, Mohd Azim Adam, 47, melakukannya dengan seikhlas hati sahaja.

Bagi rawatan persendirian, dia biasanya mengenakan bayaran sekitar RM200 ataupun dengan bayaran yang termampu sahaja bagi mana-mana individu.

Enam anggota bomba terkorban dalam insiden pada minggu lalu.

Berhubung respon berbelah-bahagi mengenai dakwaannya di laman Facebook, Sa’ad mengakui tidak terkesan kerana faham masyarakat di negara ini yang pada pandangannya, kurang ilmu mengenai alam ghaib.

“Biasalah masyarakat kita. Tak ada ilmu tapi nak condemn yang bukan bidang mereka.

Pada 3 Oktober lalu, enam anggota PPDA JBPM mati lemas ketika cuba menyelamatkan seorang remaja yang terjatuh di lombong di Taman Putra Perdana, Serdang.

Mayat remaja berkenan pula ditemui sehari selepas itu kira-kira 800 meter dari lokasi dia terjatuh.

Enam anggota bomba yang terkorban adalah Mohd Fatah Hashim, 34; Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25, dan Yahya Ali, 24, dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuan Klang, manakala dua lagi, Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25, dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam.

sumber: mstar

“dah tangkap, soal, belasah cukup-cukup ketua jin dan geng”

Apabila dpt berita kematian 6 org ahli Bomba yg brtugas mencari mayat bdk lemas tu, kami yakin mesti ada gangguan jin disitu. Maka, kami terus mencari jin-jin yg ganggu itu.
Alhamdulillah, kami dpt tgkp jin2 yg ganggu operasi itu.

Kesemua jin itu telah dikurung dalam penjara khas (bukan dalam botol ye ). InsyaaAllah ksmua jin itu takkan terlepas, kerana mereka akan sentiasa dipantau. Allah Akbar !

Hasil dialog dgn ketua jin tu….ketua jin tu mengatakan bahawa dia suka pd budak itu. Sebab budak itu suka merayau. Dia memanggil budak itu dan budak itu seperti terdorong dtg ke situ dan spt ditarik dan jatuh ke dalam lombong itu. Mayat budak itu ditarik oleh jin-jin itu dan dibawa ke rumah ketua jin itu. Sekitar situ ada satu pokok besar dimana akar bawahnya besar. Disitulah rumah ketua jin ini dan disitulah mayat budak itu disimpan.

Apabila 6 anggota bomba tu terjun ke dlm lombong, maka jin2 ini menganggu anggota bomba itu dgn menutup pandangan mata mereka. Maka mereka tak nmpak dan tercari-cari utk naik ke atas. Oleh kerana tidak nampak untuk keluar, maka mereka lemas akhirnya didalam air lombong itu.

InsyaaAllah, mayat budak itu akan ditemui juga nnti sebab jin2 tu dah ditgkap. Mayat itu akan timbul nnti…insyaaAllah.

Begitulah jahatnya jin-jin ini yg mengakibatkan kematian budak itu dan anggota bomba.

Sekian, semoga semua memahami keadaan yang sebenar. Semoga roh-roh anggota bomba itu ditempatkan dikalangan orang yg syahid kerana menolong orang lain.

Allah Akbar !

sumber: fb Rawatan ILahana

Berikut beberapa reaksi netizan:

Ahmad Hambali Mustaffa #rani kulup..mgkn tuan blh bg pendapat yg menakjubkan..

Junaidah Samad Aku yg mampu ubatkan org pun x claim mcm ni .. Pigilaaaala !

Jgn nk rosakkan nama kami juga tau , aku sabar ni wei

Hj Azim Tolong saya tangkap hantu kaklimah

Norul Akmawati Harun Biol..

Qayyum Roya’s Jin n tonix…

Mohd Munyr Elok la dibuat main….mcm tkde perasaan plak akai ade akai?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *