Remaja Ini Ditahan Operasi Khas Motosikal Bersepadu Sempena Aidilfitri. Ditanya Kenapa Lari, Lelaki Ini Bagi Alasan Yang Buat Polis Semua Terdiam

Video Di Atas Hanya Video Hiasan Sekatan Polis Untuk Motorsikal

Melaka: Seorang pengusaha penghantaran makanan pantas mengakui dia menggunakan nombor pendaftaran palsu pada motosikalnya kepada pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum merayu segera dilepaskan kerana perlu menghantar roti John dipesan pelanggan.

Itu antara drama selain adegan menongkah arus penunggang motosikal itu pada Operasi Khas Motosikal Bersepadu sempena Aidilfitri oleh JPJ di Jalan Tun Ali dan Gajah Berang di sini, malam kelmarin.

“Tuan, boleh lepaskan saya sebab saya hendak hantar Roti John kepada pelanggan.

“Saya minta maaf kerana pakai nombor pendaftaran lain sebab bimbang motosikal kena tarik,” katanya ketika merayu.

Sejurus menyemak nombor pendaftaran yang digunakan, pegawai JPJ mendapati nombor terbabit milik Proton Wira.

Pemeriksaan turut mendapati insurans dan cukai jalan motosikal itu tidak diperbaharui selain penunggangnya juga tiada lesen memandu.

Pengarah JPJ negeri, Muhammad Firdaus Shariff berkata, Yamaha Y15 itu antara tiga kenderaan yang disita selain sebuah Honda dan Proton Wira.

Beliau berkata, operasi bermula jam 8 malam hingga jam 12 tengah malam itu membabitkan 97 anggota Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR); Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK); Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah serta Jabatan Alam Sekitar (JAS).

ANTARA yang ditahan positif dadah.
“Sebanyak 754 kenderaan diperiksa dan daripada jumlah itu, kita ambil tindakan ke atas 85 kenderaan dan 79 saman dikeluarkan membabitkan 88 kesalahan.

“Kesalahan paling tinggi adalah pemandu serta penunggang tidak memiliki lesen memandu iaitu 33 kesalahan diikuti cukai jalan tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans masing-masing 20 kesalahan,” katanya.

Dalam pada itu, Muhammad Firdaus berkata, AADK turut menahan lima lelaki berusia 17 hingga 35 tahun kerana positif syabu, opiet dan ganja.

“Remaja lelaki berusia 17 tahun itu ditahan kerana disyaki positif syabu dan AADK akan menyerahkannya kepada pusat pemulihan. “Semua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Penagihan Dadah,” katanya.

SUMBER : HMETRO ONLINE via LUBOKVIRAL

Video Contoh Mat Rempit Lawan Arus Lari Roadblock

Sumber: LubokViral

RUPA RUPANYA INI CARA POLIS THAILAND MENGAJAR MAT REMPIT YANG PAKAI EKZOS BISING. MEMANG BERKESAN

Jom Layan Video Penuh Di Bawah

Motor bising macam mana nak buat? Bila mat mat motor ni lalu dalam kawasan rumah dengan ekzos bising mesti buat ibu bapa rasa macam nak marah. Dari anak anak sedang tidur terus terjaga sebab terkejut. Kalau duduk rumah flat atau apartment lagi kuat bunyinya sebab berdengung.

Motor 2t ke 4t ke sama sahaja bila tukar ekzos bising memang boleh bingit telinga. Ini namanya pencemaran bunyi. Belum lagi kira mereka nak test eksoz lah, ‘ram’ berhampiran kawasan perumahan dengan asap berkepul kepul keluar. Betul betul menggangu.

Tapi cuba kita tengok video dibawah. Adakah ini cara polis Thailand mengajar mat mat rempit ini buat bising dengan eksoz mereka yang bingit dan asap banyak. Kalau tengok pada gayanya rasanya kalau di buat dalam Malaysia memang kurang la kot mat rempit pakai eksoz bising .. haha!

Bayangkan motor sendiri polis tu ram dekat sebelah telinga. Cuba korang layan video ini

By: Lubok Viral

CARA POLIS THAILAND ATASI MASALAH MAT REMPIT MEMANG LUAR BIASA!

“Wow…mantap gilerr…Thailand tapi aku rsa klaulah Malaysia betul2 mengamalkn ajaran dan Undang- undang Islam yg sebenar pasti Malaysia boleh buat lebih HEBAT dari THAILAND dan Anak2 Remaja Muda di Malaysia tak daklah nak membuang MASA dan MEMBAHAYAKAN NYAWA Mereka dan Pengguna Jalan Raya lain…” Anda boleh scroll ke bawah tonton video terus, untuk mengetahui info yang lebih lanjut dan lengkap.

Sedikit info mengenai Mat rempit: Mat Rempit adalah istilah Malaysia untuk “individu yang mengambil bahagian dalam kegiatan tidak bermoral dan gangguan awam dengan motosikal sebagai pengangkutan utamanya”, biasanya melibatkan motosikal underbone, yang dikenali sebagai Kapcai, atau skuter. Mat Rempits tidak terlibat dalam perlumbaan jalan raya tetapi sebaliknya menentang satu sama lain untuk mendapatkan keseronokan yang murah dan memberontak terhadap pihak berkuasa sementara sebahagian daripada mereka melakukan aksi keseronokan, seperti wheelie, superman (berbaring di tempat duduk), wikang, dan kalajengking ( berdiri di atas kerusi dengan satu kaki semasa roda).

Aktiviti-aktiviti mat rempit bukan sahaja meletakkan nyawa mereka terancam, sebab aktiviti-aktiviti sebegini adalah sangat bahaya, ia juga turut membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Mereka biasa keluar pada waktu malam, suara yang kuat juga mengganggu penduduk-penduduk kediaman daripada tidur.

Apa-apa pun, jom tonton video di bawah. Sangat RARE! Cara Polis Thailand Atasi Masalah Mat Rempit Memang Luar Biasa! Saksikan

Sila tonton video:

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *