Lelaki ini tergamam saat harimau belang melintas ketika beliau memandu di Jerantut,Pahang

Tergamam bertembung harimau liar

JERANTUT: “Hendak terkencing pun ada apabila harimau liar muncul secara tiba-tiba di depan mata,” kata Shahrul Azwan Abdul Halil menceritakan detik ketika bertembung dengan harimau di Taman Negara Kuala Tahan, dekat sini, hari ini.

Shahrul Hazwan, 27, berkata ketika kejadian kira-kira jam 3.45 petang itu dia dan tiga rakannya, Wan Kamarul Iznan Wan Ahmad Nazri, Wan Iqbal Fikri Wan Ahmad Nazri dan Wan Noriman Syah Wan Mohd Adat dalam perjalanan dari Kuala Tahan ke Kampung Pagi.

Katanya, apabila tiba di Bukit Dedari secara tiba-tiba seekor harimau keluar dari hutan berhampiran untuk melintas jalan raya dilalui mereka.

“Kami semua tergamam dan membiarkannya melintas jalan ke hutan di seberang jalan, kami menghentikan kereta dan tidak membunyikan hon kerana bimbang mendatangkan kemarahannya.

“Ini kali pertama saya lihat harimau liar di depan mata dan secara ‘live’ walaupun membesar di Taman Negara Kuala Tahan, bukan mudah hendak melihatnya kerana kita tidak tahu bila ia akan muncul,” katanya kepada NSTP di sini, hari ini.

Shahrul Hazwan yang bekerja sebagai juruteknik landskap di Pesona Village Resort Taman Negara sempat merakam video kelibat harimau itu yang berdurasi satu minit dan memuat naiknya di Facebook miliknya sehingga menjadi tular.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pahang, Ahmad Azhar Mohamed, berkata berdasarkan pemerhatiannya harimau, itu adalah dari spesies Harimau Belang atau nama saintifiknya, Panthera Tigris.

“Setakat ini saya belum dimaklumkan mengenai penemuan harimau itu dan hanya mengetahuinya menerusi media sosial, memang Taman Negara Kuala Tahan adalah antara habitatnya.

“Kita akan membuat pemantauan di lokasi untuk dua tujuan iaitu bagi memastikan keselamatan orang ramai berikutan kehadiran harimau.

“Satu lagi adalah demi keselamatan harimau itu sendiri yang mungkin menjadi sasaran pemburu haram kerana kedudukannya sudah dikenal pasti dan terdedah,” katanya.

Sumber:hmetro

Video:

Artikel Menarik Dibawah

KEPAKARAN LUAR BIASA,ORANG RAMAI TERPEGUN LIHAT LELAKI INI BERJAYA TANGKAP BUAYA GERGASI 90 TAHUN MENGGANAS

VIDEO PENUH BUAYA RAKSAKSA INI BERADA DI PAUTAN AKHIR ARTIKEL

Siapa yang tak takut dengan haiwan ganas seperti buaya? Sekali dia nganga mulut, boleh telan dua tiga ekor kambing tau! Tapi perkara ni lagilah bahaya kalau haiwan ganas ini kacau orang kampung nak ambil nyawa manusia pulak.

Menurut Coconuts, seekor buaya kuno yang sudah berusia 90 tahun telah berjaya ditangkap oleh sekumpulan penduduk di Aceh, Indonesia. Fuh hampir sedekad dah umur dia! Cara orang Aceh menangkap buaya gergasi tersebut dengan penuh skill memang tarik perhatian admin lah!

Buaya gergasi berat 1 tan, panjang 5 meter

Menerusi sebuah posting yang viral di Facebook, buaya yang dikatakan mempunyai berat 1 tan dan panjang 5 meter itu telah ditangkap dekat sebuah ladang kelapa sawit sebelum diberikan kepada pihak berkuasa pada Isnin lalu (30 April).

Pada awalnya, kehadiran buaya tu disedari sebab ia cuba menerkam ke arah seekor kambing di ladang kelapa sawit Aceh Tamiang. Tapi sebab takut buaya tu datang serang pekerja kat ladang pulak, dorang pun ambil keputusan untuk tangkap si buaya dan ikat haiwan tu guna tali supaya ia dah tak boleh mengganas dan serang pekerja ladang lain.

Chill je weh tengok abang seluar merah tu kawal pergerakan buaya tu! Ilmu apa dia pakai? Berani betul!

Dilepaskan dekat kawasan hutan oleh pihak berkuasa

Lepas dapat laporan tentang buaya berjaya ditangkap, Aceh’s Natural Resources Conservation Center (BKSDA) pun datang ambil haiwan tu dan lepaskan ia kat kawasan pedalaman yang berhampiran dengan hutan Kota Langsa, yang mana kononnya dikatakan lebih selamat.

VIDEO PENUH

Menurut pihak BKSDA, kejadian buaya menyerang manusia ni sering berlaku di Aceh disebabkan semakin ramai individu yang suka menceroboh masuk habitat haiwan liar tersebut.

Dorang ni manusia berani yang risikokan nyawa sendiri untuk keselamatan orang lain. Macam ni lah superhero sebenar. Ni baru betul Avengers. Eh? Nasib baiklah ada jugak orang yang berani dan mempunyai skill hebat dalam tangkap buaya yang terlepas kat ladang kelapa sawit ni. Kalau tak… habis dah pekerja ladang semua kena NGAP!

Sumber: lobak merah via buletin netizen

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *