Lelaki Ini Mengaku Pergi Ke Tahun 5000 Dan Melihat Dunia Sudah Tenggel*m. Lihat Rakaman Video Dan Bukti Bergambar.

Merentas masa adalah satu angan-angan yang cuba direalisasikan oleh dunia akademik barat. Ringkas kata, Dajjal memang tahu ianya tidak akan berlaku tetapi ia mahu masyarakat dunia berusaha ke arah angan-angan kosong yang tidak akan berlaku sehingga kiamat.

Jikapun Allah mengizinkan ada mesin yang mampu merentas masa, maka orang yang paling bermasalah ialah Dajjal itu sendiri. Apakah mungkin syeikh-syeikh Arab sanggup mengeluarkan wang beratus-ratus billion dollar untuk melancong dengan mesin tersebut?

Seorang lelaki yang mengaku sebagai pengembara masa mengatakan dia mempunyai bukti fotografi bahawa seluruh bandar Los Angeles akan tenggelam di bawah air pada tahun 5000.

Lelaki itu, yang hanya dikenali sebagai Edward, mendakwa dia adalah sebahagian daripada eksperimen ‘top secret‘ ketika bekerja di makmal di Los Angeles pada tahun 2004 yang membolehkannya pergi ke masa depan.

Dalam temu bual di ApexTV, Edward – yang wajah dan suaranya telah dirahsiakan – berkata dia pergi ke tahun 5000 dan bertemu dengan seorang lelaki yang memaklumkan kepadanya mengenai banjir ‘pasca apokaliptik’.

Edward mendakwa bahawa ketika dia pergi ke sana, dia melihat segala-galanya diperbuat daripada kayu dan pada mulanya dia tidak menyedari bahawa ia adalah bandar yang sama.

‘Tidak dapat dipercayai. Saya berdiri di atas platform kayu yang besar. Rumah, bangunan, kenderaan, semuanya diperbuat daripada kayu, “katanya dalam wawancara yang berlaku di lokasi rahsia di Armenia.

‘Selepas itu saya menyedari ia adalah bandar yang sama, Los Angeles, tetapi tenggelam sepenuhnya di bawah permukaan air.’

Edward mengatakan bahawa dia berjaya mengambil gambar berkenaan dengan menggunakan kamera yang dia telah bawa bersama sebagai sebahagian daripada eksperimen tersebut.

Dia mengeluarkan gambar berkenaan daripada poket jaketnya semasa wawancara, yang menjadi tular di internet. Edward mendakwa banjir itu adalah akibat daripada pemanasan global.

‘Banjir itu berlaku kerana terlalu banyak jumlah karbon dioksida di atmosfera, yang sedikit demi sedikit memusnahkan lapisan ozon.’

Lelaki Ini Mengaku Pergi Ke Tahun 5000 Dan Melihat Dunia Sudah Tenggel*m. Lihat Rakaman Video Dan Bukti Bergambar.

Hanya minggu lalu, seorang lelaki lain juga mendakwa sebagai pengembara masa berkata Donald Trump akan dipilih semula sebagai Presiden dan Google Glass akan digunakan meluas di seluruh dunia.

Noah, lelaki yang muncul di ApexTV, juga berkata manusia akan menjejakkan kaki di Marikh pada tahun 2020, dan pada tahun yang sama perjalanan masa akan benar-benar terjadi.

Jika ada orang Islam yang mempunyai mesin masa, sudah pastilah Dajjal akan menghadapi masalah paling besar kerana 10 tahun dari sekarang kemungkinan besar teori bahawa Samiri yang disebut dalam surah Toha adalah Dajjal mungkin sudah banyak terima pakai.

Apabila teori Samiri adalah Dajjal diterima pakai, maka lebih baiklah orang Islam pergi berjumpa dengan Samiri yang mengikut rombongan Bani Israel merentas Laut Merah dan membunuhnya terus. Mungkin itulah yang paling banyak akan berlaku.

Masalahnya, masyarakat Islam tidak mahu menerima hakikat dan masih seronok berteori dengan Teori Relativiti ciptaan Albert Einstein itu. Amat menghairankan… 

Terdapat banyak bukti yang menunjukkan manusia tidak dibenarkan atau diizinkan merentas masa lampau (past) dan pergi ke masa hadapan (future).

Persoalan perkara yang lepas (past), sememangnya wajibak diimani bahawa kita tidak boleh lagi kembali ke masa tersebut. Sabda Rasulullah SAW;

“Rebutlah peluang lima sebelum lima; masa muda sebelum tiba masa tua. Masa sihat sebelum tiba masa sakit. Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa kaya sebelum tiba masa miskin. Masa hidup sebelum tiba mati.”

Jika masa itu boleh berpatah balik maka tak perlulah Rasulullah SAW bersabda seperti di atas. Adalah lebih baik baginda mengatakan “…kembalilah kamu ke masa lampau untuk memperbetul kesilapan.”

Baginda Rasulullah SAW yang maksum dan penghulu segala nabi sendiri tidak diberikan kelebihan merentasi masa, inikan pula kita manusia biasa yang penuh dengan noda. Hadith di atas jelas menunjukkan ketegasan Rasulullah mengenai masa.

Tonton wawancara tersebut di bawah:
“iframe-wrapper extendsBeyondTextColumn”>
Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *