Kisah Raja Dan 4 Orang Isteri Ini Memberi Pengajaran Berguna Kepada Netizen

Cerita orang bini empat…

RAJA DAN 4 ISTERINYA

Seorang raja memiliki 4 orang isteri.

Raja sangat mencintai isteri yang ke-4, cinta yang tergila-gila. Bahkan dia terus berupaya mendapatkan redhanya.

Adapun isteri yang ketiga, juga sangat dicintainya. Tapi dia berasa isteri ini berpotensi meninggalkannya dan bernikah dengan lelaki lain.

Adapun isteri yang kedua, adalah tumpuannya selama ini dalam susah dan duka. Dialah yg selalu memperhatikan suaminya dan berada disampingnya di kala sempit.

Adapun isteri pertama, sering diabaikannya, tidak dirawatnya dan tidak ditunaikan hak-haknya. Padahal dialah isteri yang paling mencintainya, dan berperanan penting dalam menjaga kerajaannya.

Suatu hari raja jatuh sakit dan berasa ajalnya sudah dekat. Dia merenung dan berkata kepada dirinya: Aku punya 4 isteri. Aku tidak mahu sendirian masuk kubur.

Maka dia bertanya kepada isteri yang ke 4: Engkaulah isteri yang paling aku cintai daripada semua isteri-isteriku. Dan aku penuhi semua keinginan dan permintaanmu. Sekarang, mahukah kamu menemani aku di kubur dan menghiburkanku?
Isteri ke 4 menjawab: Mustahil aku lakuan itu.
Dia pun berlalu meninggalkan suaminya dan tidak mempedulikannya.

Dipanggilnyalah isteri ke 3: “Aku mencintaimu sepenuh hidupku. Mahukah kamu menemaniku di kuburku?”
Isteri ke 3 menjawab: “O pastilah aku tidak mahu. Kehidupan sepeninggalmu terlalu indah. Aku akan kahwin dengan lelaki lain….”

Lalu dia panggil isteri ke 2: Aku dulu selalu bersandar kepadamu di kala susah. Dan engkau selalu berkorban utukku. Mahukah kamu menemaniku di kuburku?
Isteri ke 2 menjawab: “Maafkan aku, aku tidak boleh menemanimu. Tetapi aku akan menghantarmu sampai ke liang kuburmu..”

Raja sangat sedih sekali, kerana semua isterinya telah durhaka kepadanya…

Tiba-tiba ada suara dari jauh, berkata:

“Aku akan menemanimu di kuburmu… aku akan selalu bersamamu ke manapun kau pergi….!”

Raja menengok ke arah suara itu, rupanya isterinya yang pertama, keadaannya sangat kurus, lemah dan sakit, kerana telah disia-siakannya. Maka raja pun menyesal atas buruknya perhatiannya kepada isteri pertama selama hidupnya.

Suami berkata: “Seharusnya aku lebih memperhatikanmu berbanding yang lain. Kalau waktu boleh kembali, nescaya engkaulah yang paling aku perhatikan daripada seluruh isteriku.

Sebenarnya wahai saudara tercinta, semua kita mempunyai 4 isteri.

Yang ke 4 itu adalah jasad kita. Betapapun kita memperhatikannya, menurutkan syahwatnya, ia akan segera meninggalkan kita begitu mati.

Yang ke 3 adalah harta dan aset kita. Ketika kita mati ia akan pergi berpindah tangan kepada pemilik yang lain.

Yang ke 2 adalah keluarga dan teman-teman, betapapun pengorbanannya kepada kita selama hidup, maka saat mati takkan lebih pengorbanannya daripada menghantarkan ke kuburan.

Yang pertama adalah amal soleh. Kita terlanjur sibuk dan lalai daripada memberinya makanan dan perhatian, demi memenuhi syahwat, harta, dan teman-teman kita. Padahal amalan kitalah satu-satunya yang akan bersama kita dalam kubur.

Kira-kira, seandainya amalanmu hari ini tampil di hadapanmu dalam bentuk manusia, bagaimanakah kira-kira bentuknya? Kurus, lemah dan terlantar? Ataukah kuat, cergas dan terurus?

Allahul Musta’an..

VIDEO:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *