Kejadian Kepala Air Jatuh Selepas Hujan Lebat Yang Agak Luarbiasa Terjadi Hari Ini

TENANG dan mendamaikan. Bukan itu saja, boleh melepak sambil menikmati udara segar.

Begitulah lazimnya apabila bercuti pada hujung minggu di pinggir hutan, kaki gunung atau anak sungai yang airnya mengalir jernih dari air terjun berhampiran.

Inilah kelebihan negara kita yang masih mempunyai alam semula jadi nan indah untuk dijadikan destinasi percutian.

Hutan Lipur Lata Bayu di Baling, Kedah adalah antara destinasi pelancongan dan rekreasi bersumberkan alam semula jadi di negara ini.

Antara keistimewaan di hutan lipur ini yang turut dikenali Taman Eko Rimba Lata Bayu adalah kolam mandi luas yang terbentuk secara semula jadi dan air terjunnya yang bertingkat.

Keunikan bentuk dan struktur semula jadi air terjun itu menjadikan ia sebagai tempat sesuai untuk melakukan aksi meluncur air kerana permukaan batunya yang licin.

Bagi menjadikan lebih menarik, pengurusan Hutan Lipur Lata Bayu turut menyediakan taman tema air dan tempat khas untuk mereka yang mahu melakukan aksi menggelungsur di atas batu licin di air terjun berhampiran.

Meluncur di atas batu licin

Meluncur air di Taman Eko Rimba Lata Bayu menjadi pilihan remaja dan kanak-kanak yang selamba saja beraksi di atas permukaan batu licin, seterusnya jatuh bebas di kolam luas.

Hanya mereka yang berani, berjiwa kental dan berpengalaman saja boleh melakukan aksi itu Ini kerana, permukaan batu yang sangat licin bakal mengundang padah sekiranya tersilap langkah. Namun, inilah tarikan utama sekiranya berkunjung ke Lata Asam Jawa. Kolam mandinya juga bertingkat-tingkat dengan kedalaman tertentu. SUMBER : BHARIAN ONLINE

Kepala Air Jatuh Lata Bayu

Tular di media sosial hari ini apabila rakaman video kepala air jatuh di Pusat Rekreasi Air Terjun Lata Bayu, Baling Kedah. Dengan keadaan air yang deras jelas menunjukkan betapa bahayanya kepala air tersebut.

Fenomena kepala air ini biasa terjadi di kawasan air terjun.

5 Tanda-Tanda Awal Kejadian Kepala Air

Cara Elak Jadi Mangsa Kepala Air, Kena Tahu 5 Tanda Awal Sebelum Kejadian

1. Tengok Keadaan Langit Du Hulu Sungai

Keadaan langit gelap di bahagian hulu sungai (kawasan puncak bukit) disertai dengan bunyi guruh yang kuat.

2. Bunyi Dentuman Gerakan Batu Dari Hulu Sungai

Bunyi dentuman gerakan batu-batan atau air dari hulu sungai. Air sungai berbuih dan meningkat secara tiba-tiba (kelodak, daun reput atau ranting kayu muncul dengan banyak di permukaan air).

3. Bunyi Siren Amaran

Siren amaran berbunyi (di sesetengah tempat sahaja, seperti di kawasan Air Terjun Sekayu dan Kota Tinggi.

4. Perubahan Arus Sungai

Perubahan arus sungai dan keadaan air sungai itu kena perhatikan juga. Kalau ada tanda-tanda gelap di kawasan hulu.

Tanda gelap itu macam nak hujan. Contohnya kita dekat Bangsar, tapi langit dekat Puchong dah gelap. Takut dekat Puchong dah hujan bangsasr tak lagi, cerah elok (ini analogi mudahnya)

5. Prihatin Dengan Perubahan Cuaca

Keperihatinan terhadap perubahan cuaca ketika seronok bermain air, juga perlu kita tahu. Walaupun di tempat kita mandi tak hujan tapi di hulu sungai dah gelap dengan bunyi guruh berdentum itu pun kita perlu tahu.

KERANA BILA TERJADINYA KEPALA AIR INI KITA HANYA ADA LEBIH KURANG 10 – 15 MINIT SAJA NAK MENYELAMATKAN DIRI ITU PUN BERGANTUNG KEPADA SAIZ SUNGAI. BAHAYA ALIRAN AIR INI APABILA HUJAN SANGAT BESAR DAN DERAS DAN BOLEH MEMBAWA SEGALA MACAM KELODAK, BATU DAN KAYU BALAK.

Selain itu, ia akan merempuh apa sahaja halangan di hadapannya. Oleh itu pengetahuan tentang fenomena ini sedikit sebanyak mungkin dapat mengurangkan kemalangan dan kematian akibat daripada kepala air ini.

Beringat sebelum terkena.

Sumber klviral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *