Dua beradik berbaju sekolah selongkar tempat pembuangan sampah cari duit belanja.

AWAL pagi di kala anak-anak anda sedang bersiap-siap untuk ke sekolah, atau mungkin masih lena dibuai mimpi di atas tilam empuk, dua beradik ini yang sudah bersiap awal sempat menyelongkar tempat pembuangan sampah sebelum ke sekolah.

Selongkar tempat sampah

Tindakan itu tidak lain bagi mencari sesuatu yang mungkin boleh dikutip dan dijual di tempat kitar semula, bagi mendapatkan sedikit duit belanja persekolahan mereka.

Gambar kejadian itu difahamkan diambil oleh Mohd Shahrizad sekitar jam 5:30 – 6:00 pagi tadi di Pasar Pelabuhan Klang, Selangor.

“Macam biasa, hari-hari 5:30-6:30 aku pergi pasar nak beli barang meniaga. keluar dari pasar masuk je dalam kereta aku perasan dua beradik ni pakai uniform sekolah,”

“Aku keluarkan telefon rakam budak-budak ni,” tulis Shahrizad.

“Dik, buat apa ni? Dia ingat aku nak marah dia pasal suara aku terkuat sikit.

Selongkar tempat sampah

“Cari barang nak jual bang nak buat duit belanja sekolah,” tulisnya lagi. Jawapan itu menimbulkan rasa sedih, lantas Shahrizad meninggalkan sedikit duit belanja kepada kedua beradik itu sebelum beredar.

Zaman sekolah dulu, aku pun pernah kutip tin dan surat khabar untuk dijual di tempat kitar semula. Tapi aku buat benda tu sebagai hobi, dan tak konsisten pun sekadar untuk tambah duit belanja.

Tapi dua beradik ini, kalau sampai sebelum ke sekolah pun sanggup selongkar tempat pembuangan sampah, mungkin kehidupan mereka begitu dhaif, sampai terpaksa buat begitu. Semoga Allah permudahkan rezeki mereka sekeluarga.

Sumber: milosuam

Post Views: 12

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *