APABILA SAFIEY ILIAS MENGELUARKAN SUARA `ASLI` MASA KARAOKE BUAT NETIZEN TERKESIMA, ALA- AWIE WOW

Video Safiey Ilias Mengeluarkan Suara Jantannya Masa Karaoke Buat Netizen Terkesima, Sebijik Suara Awie

Siapa tidak kenal dengan usahawan kosmetik kontroveri ini, sebut sahaja nama Safiey Ilias pasti semua akan terbayang kisah-kisah kontroversi yang pernah dicetuskannya. Malah jika anda masih ingat, beliau yang merupakan seorang maknyah pernah mengumumkan sudah insaf dan kembali kepada fitrah, menjadi lelaki sejati.

Skrol ke bawah untuk lihat video di hujung artikel

Video Safiey Ilias Mengeluarkan Suara Jantannya Masa Karaoke Buat Netizen Terkesima, Sebijik Suara Awie

Namun apa yang menyedihkan, semua itu hanyalah sementara sahaja. Malas lebih menyedihkan apabila ramai yang menuduh Safiey hanyalah membuat gimik bagi membolehkan namanya makin dikenali dan melariskan produk jualannya.

Video Safiey Ilias Mengeluarkan Suara Jantannya Masa Karaoke Buat Netizen Terkesima, Sebijik Suara Awie

Safiey telah mengeluarkan kenyataan selepas itu apabila teruk dikritik kerana kembali menjadi manknyah

” Saya sebenarnya dah terlampau penat untuk menjadi baik dengan kembali kepada fitrah . Sebab apa jua yg saya buat masih ada org tetap tak puas hati dan mempertikai . Saya jadi pondan org hina , saya jadi lelaki pun org hina dan org pertikai .

Ada yg kata saya tunggang agama , ada yg kata saya gunakan agama untuk bisnes dan bermacam lagi sejak penghijrahan saya tempoh hari . 1-2 kali tohmahan mungkin saya boleh tahan tp kalau beratus kali ia beri efek pada mental dan emosi saya . Saya dh jadi lelaki pun org tanya mana misai dan janggut saya . Entah lah . Saya fedup . .”

Dan itu bukanlah kisah kontroversi yang membabitkan dirinya. Baru-baru ini usahawan kosmetik, Safiey Ilias tampil membuat permohonan maaf secara terbuka berkaitan video kontroversi membabitkan dirinya yang tular di media sosial.

Menurut Safiey, beliau memohon maaf kepada pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, terutama kepada pengikut laman sosial miliknya yang beragama Islam dan seluruh rakyat Malaysia.

Video Safiey Ilias Mengeluarkan Suara Jantannya Masa Karaoke Buat Netizen Terkesima, Sebijik Suara Awie

Malah pemilik nama sebenar Mohd Saifuddin Ilias ini turut berjanji untuk tidak mengulangi perbuatannya yang mengganggu sensitiviti masyarakat dan mencemarkan kesucian Islam.

“ Sejak timbul isu itu, saya terpanggil untuk membuat pengakuan dan permohonan maaf secara terbuka berkenaan video yang tersebar bagi mengelakkan perselisihan faham dari terus menjadi keruh. Saya mahu memohon maaf kepada individu yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

“ Sekali lagi saya jelaskan di sini, bahawa saya tidak akan mengulangi perbuatan saya yang telah mengganggu sensitiviti masyarakat serta mencemarkan imej agama tercinta demi kebaikan bersama,” luahnya dalam satu kenyataan pada Isnin malam.

Tambah Safiey lagi, beliau menerima segala teguran dengan hati yang terbuka dan akan berusaha untuk menasihati teman-teman rapat yang dilihat melampaui batas untuk berubah ke arah yang lebih baik.

“ Selain itu saya berazam dan berusaha untuk belajar dan tidak mengulangi perbuatan itu pada masa akan datang. Setiap insan tidak lari dari melalukan kesilapan. Hidup ini adalah untuk terus memberi dan memberi. Doakan saya, terima kasih,” kata Safiey.

Terdahulu video kontroversi yang tular di media sosial dirakam sewaktu majlis pelancaran produk pada Sabtu malam, menampilkan seorang penyanyi ‘wanita’ yang berkelakuan tidak sopan kepada seorang tetamu lelaki.

Namun, tidak dipastikan sama ada penyanyi tersebut merupakan seorang wanita atau transgender. Isu berkenaan turut dibangkitkan oleh pendakwah muda, Pencetus Ummah (PU) Amin di laman sosialnya, dengan mempertikaikan Safiey kerana tidak menghormati sensitiviti masyarakat Islam.

 

Video Safiey Ilias Mengeluarkan Suara Jantannya Masa Karaoke Buat Netizen Terkesima, Sebijik Suara Awie

Difahamkan acara kurang sopan itu berlaku selepas majlis terbuka Aidilfitri anjuran Safiey yang dihadiri kira-kira 200 anak yatim serta pelajar tahfiz pada sebelah petang. PU Amin atau nama sebenarnya Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim turut mengkritik video Safiey yang kurang sopan, sehingga menampakkan bahagian badan.

Dalam pada itu, PU Amin mengucapkan kesyukuran di atas kuasa Allah dan usaha dakwah apabila Safiey akhirnya mengakui keterlanjurannya. “ Akhir nya beliau mengakui dan memohon maaf kepada semua umat Islam atas segala ketelanjuran dan bersedia untuk menasihati rakan-rakan yang lain untuk meninggalkan gaya hidup transgender yang merugikan dan memalukan,” katanya.

Bagaimanapun PU Amin meminta Safiey supaya memadam video dan gambar yang mempunyai unsur transgender.

“Seperti tiga tuntutan yang diberikan, tinggal satu sahaja lagi tuntutan yang belum dilaksanakan iaitu padam video dan gambar yang ada unsur transgender, memakai pakaian wanita.

 

Video Safiey Ilias Mengeluarkan Suara Jantannya Masa Karaoke Buat Netizen Terkesima, Sebijik Suara Awie

“Tahniah Safiey Iliyas, kami akan percaya dan hormati kenyataan ini selepas awak padam semua video dan gambar tersebut,” katanya menerusi status di akaun Instagramnya dengan memuat naik kenyataan Safiey.

Terdahulu, PU Amin membuat tiga tuntutan kepada Safiey termasuk meminta usahawan itu mengaku kesilapan memuat naik video yang keterlaluan dan membuat permohonan maaf secara terbuka.

Jom baca apa komen netizen di bawah;

” Xpe lah yg penting dia ngaku dia pondan kn…”
” Sejenak tu sampai senak aku dengar…”
” Peghh suara die pecah tlinga orng pakai earphones…”
” Hahahaha halkum terkeluar tu…”
” Aq tngh berak kluar vid mcm gini plak baik2 taik aq dh nk kluar dh termasuk balik…”

Sumber: klip.viral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *