Antara fakta menarik mengenai Pemangku Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah

Tanggal 7 Januari 2019 yang lalu menyaksikan satu peristiwa bersejarah apabila Sultan Perak iaitu Sultan Nazrin Shah telah dipilih untuk menggantikan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong baharu selepas baginda mengambil keputusan untuk meletakkan jawatannya.

Berita ini turut disahkan setelah Istana Negara turut mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perletakan jawatan baginda sebagai Agong pada 6 Januari yang lalu.

Kredit: Sultan Nazrin Shah

Perlantikan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai Pemangku Yang di-Pertuan Agong ini telah diputuskan melalui Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang dihadiri oleh enam daripada sembilan Sultan iaitu Raja Perlis, Sultan Terengganu, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Sultan Johor, Sultan Perak dan Sultan Kedah.

Berikut merupakan 10 fakta menarik mengenai Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ini.

#1 Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah telah dilahirkan pada tanggan 27 November 1956

Kredit: Sultan Nazrin Shah

#2 Dimasyhurkan sebagai Raja Kecil Besar Perak pada 16 Februari 1984 dan sebagai Raja Muda Perak pada 15 April 1987

Kredit: Sultan Nazrin Shah

#3 Dipilih menjadi Sultan Perak XXXV oleh Dewan Negara Perak

Kredit: Sultan Nazrin Shah

Pemilihan ini diputuskan secara sepakat setelah kemangkatan ayahanda baginda, Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada 28 Mei 2014.

#4 Tahap pendidikan baginda

Kredit: Kosmo

Baginda Sultan menerima pendidikan awal di Sekolah Jalan Kuantan, Kuala Lumpur sehingga darjah 5. Baginda kemudian menyambung pendidikan peringkat rendah dan menengah rendah iaitu daripada darjah 6 sehingga tingkatan 2 di Sekolah St. John, Kuala Lumpur.

Kemudian, baginda meneruskan pengajian di The Leys School, Cambridge pada usia 13 tahun sebelum memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera yang mengkhusus dalam jurusan Falsafah, Politik dan Ekonomi dari Universiti Oxford.

Bukan itu sahaja, baginda turut menyambung pengajian ke peringkat PhD dan mendapat Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Politik Ekonomi dan Kerajaan dari Universiti Harvard.

#5 Penglibatan baginda

Kredit: Sultan Nazrin Shah

Sultan Nazrin merupakan Fellow Kehormat di Worcester College, Universiti Oxford, Magdalene College, St. Edmund’s College dan juga Universiti Cambridge. Di samping itu, baginda juga terlibat dalam beberapa penglibatan lain seperti:

  • Ahli Pemegang Amanah Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford
  • Fellow Diraja Institusi Pertahanan dan Keselamatan Malaysia
  • Fellow Diraja Institusi Kajian Strategi dan Hubungan Antarabangsa Malaysia
  • Fellow Diraja Insititusi Keselamatan Awam Malaysia
  • Penaung Diraja kepada Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia

#6 Menjadi Pengerusi Bersama Panel Kewangan Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (2015-2016)

Kredit: Free Malaysia Today

#7 Pernah menjadi Duta Khas Malaysia menghadiri Dialog Antara Agama dan Antara Kebudayaan di persidangan Perikatan Peradaban anjuran PBB

Kredit: The Malaysian Reserve

#8 Dilantik sebagai Canselor Universiti Malaysia pada 16 Julai 2014

Kredit: The Malaysian Times

#9 Berperanan sebagai Kolonel Yang Dipertua Rejimen Jurutera Riraja Tentera Darat dan Kolonel Yang Dipertua Kor Kesihatan Diraja Angkatan Tentera Malaysia (14 Ogos 2014)

Kredit: Sultan Nazrin Shah

#10 Perkahwinan baginda dengan Tuanku Zara Salim pada 17 Mei 2007 menghasilkan dua cahaya mata iaitu Raja Azlan Muzaffar Shah (14 Mac 2008) dan Raja Nazira Safya (2 Ogos 2011)

Kredit: Sultan Nazrin Shah

Sumber: SAYS via http://mb.erabaru.com.my/2019/01/10/10-fakta-menarik-mengenai-pemangku-yang-di-pertuan-agong-sultan-nazrin-muizzuddin-shah/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *