Aksi gorila dengan budak kecil ini memang mencuit hati

Lagenda tentang Naga, Raksasa laut dan Ikan Duyung merupakan haiwan mitos yang hanya kita dapat dengar daripada cerita-cerita dongeng dan lagenda lama. Bagaimana jika haiwan-haiwan ini yang digambarkan oleh sasterawan purba adalah berdasarkan kepada haiwan sebenar?

Seperti lagenda Bigfoot, kewujudan Gorilla pernah dianggap sekadar mitos. Ketika dahulu, ada beberapa orang peneroka pulang ke Eropah dan menceritakan perihal tentang seekor beruk (Apes) yang berbulu, tinggi, besar dan ganas, serta memakan daging manusia yang tinggal jauh di dalam hutan Afrika. Perihal cerita itu diketawakan dan kewujudan haiwan seperti itu disangkal oleh para saintis zoologi barat.

Kewujudan Gorilla dinafikan dan hanya dijadikan haiwan mitos di dalam buku-buku sastera lama sehinggalah pada awal abad ke 5 sebelum masihi, seorang peneroka hutan dari Greek, Hanno menjumpai sekelompok keluarga Gorilla di sebuah hutan di selatan Afrika. Di dalam catatannya, Hanno menggambarkan gorilla tersebut sebagai orang asli Afrika berbulu hitam yang ganas dan bukannya sebagai spesies haiwan. Dia mengelarkan penemuan ‘manusia baru’ itu sebagai ‘Gorillae’.

Pada tahun 1625, seorang peneroka hutan British, Andrew Batell, melaporkan terlihat kelibat seekor raksasa besar dengan badan dipenuhi dengan bulu hitam serta berjalan menggunakan tangan dan kaki. Kajian terperinci mula dilakukan oleh Andrew untuk mengesan spesies yang dianggap baru itu.

Untuk berkurun lamanya, Gorilla digambarkan sebagai haiwan mitos yang ganas, memakan daging manusia, serta bodoh. Pada tahun 1847, dunia digemparkan dengan berita penemuan tulang dan tengkorak Gorilla yang pertama oleh seorang Physician barat, Thimas Savage, di Liberia. Pada tahun 1902, seorang peneroka barat, Paul du Chaillu menjadi manusia Eropah moden yang pertama menjumpai sekolompok Gorilla hidup ketika misi mengesan spesies mitos itu.

Kajian dan penyelidikan telah dijalankan terhadap spesies haiwan ini, dan ia ternyata pertentangan dengan mitos gorilla sebelum ini. Gorilla merupakan haiwan yang cerdik, penyayang dan hanya memakan buah-buahan dan bukannya daging manusia.

Aksi gorila dengan budak kecil ini memang mencuit hati

Telatah Gorila menjaga budak kecil di dalam kandang ini sangat menghiburkan. Goria ini bertindak melindungi budak ini dari penjahat yang ingin menculiknya. Tapi dengan kebijaksanaan gorila ini melindunginya buat penjahat2 tersebut mati akal untuk menculik budak tersebut

video:

Best Funny Movie : Baby's day out

Best Funny Movie : Baby's day out

Posted by Daily Craft on Monday, 10 September 2018

Kredit: Celotehsaja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *