Wanita Ini Solat Atas Jejambat Dewan Bahasa Dan Pustaka, Sebab Kenapa Dia Solat Situ Mesti Buat Anda Tak Sangka!

PETALING JAYA: Mendakwa mendapat ‘hidayah’ untuk berubah, seorang wanita warga Indonesia mencetuskan tanda tanya apabila dilihat menunaikan solat dan membaca al-Quran di atas jejambat berhampiran Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Gambar wanita berkenaan mula tersebar di laman sosial sejak tengah hari Sabtu hingga menjadi viral apabila dia yang lengkap bertelekung sedang membaca al-Quran di atas sejadah ditepi jalan.

Maklumat awal mendapati Anita Shiar, 27, mendakwa dia bermimpi ditimpa sesuatu perkara yang tidak baik lalu bertindak bersembahyang di merata tempat.

Ketua Polis Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

Menurut Zainuddin, wanita yang ditemui tanpa dokumen pengenalan diri itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan lanjut.

Sementara itu jurucakap HKL mengesahkan wanita itu kini sedang menerima rawatan di hospital berkenaan.

Sumber: MSTAR

Artikel lain..

Ibu Ini Memotong Anak Dia Sendiri Berumur 12 Tahun .. Jiran Sangka Bunyi Bising Budak Itu Bermain

Hong Kong: Seorang wanita ditahan kerana disyaki membunuh anak perempuannya berusia 12 tahun sebelum mengerat mayat mangsa dengan menggunakan pisau pemotong daging.

Wanita berusia 37 tahun yang dikenali sebagai Cao ditahan selepas polis memecah masuk ke rumahnya di sebuah flat di sini kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Mongkok, Chung Chi-ming berkata, pihaknya menemui kepala manusia dan beberapa organ lain di dalam tab mandi di kediaman itu.

Katanya, air bercampur darah didapati membanjiri kediaman mereka hingga mengalir ke tangga di tingkat bawah.

Kejadian itu terbongkar secara tidak sengaja apabila jiran suspek mengadu kepada polis selepas Cao tidak memulangkan telefon bimbit yang dipinjamnya.

Chung berkata, polis tiba pada jam 9 malam (waktu tempatan) dan mendapati suspek berada di rumah yang terletak di Jalan Canton itu.

Menurutnya, beberapa anggota polis yang memecah masuk kerana suspek enggan membuka pintu terkejut apabila mendapati rumah itu dipenuhi kesan darah.

Bagaimanapun, Chung memberitahu, motif pembunuhan belum diketahui kerana suspek belum bersedia untuk disoal siasat.

“Kita perlu menunggu supaya keadaannya lebih baik sebelum menyoalnya,” jelasnya.

Sementara itu, seorang jiran suspek yang dikenali sebagai Tsui memberitahu media tempatan, dia terdengar bunyi sesuatu dipotong selama setengah jam.

“Saya menyangkakan ia hanya bunyi kanak-kanak bermain dengan permainan mereka,” katanya.

Video dalam Bahasa Cina.

Sumber: Harian Metro via Gedebakviral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *