Walaupun Hantaran Dah Menjadi Abu, Majlis Kahwin Diteruskan,

Video sekadar hiasan

Menjelang seminggu sebelum majlis perkahwinan, Nurul Ain Izzatti Arijan terpaksa menerima hakikat apabila rumah dia dan keluarganya hangus dijilat api.

Kejadian berlaku pada 12.15 pagi tadi yang berpunca daripada gas bocor di Kampung Kuantan, Kuala Selangor itu hanya tinggal zink karat, manakala barang hantarannya menjadi abu.

Nurul Ain berkata, majlis pernikahan akan berlangsung pada minggu hadapan itu tetap diteruskan walaupun persiapan perkahwinan yang hampir selesai musnah dalam sekelip mata.

Posting di laman Facebook miliknya…

“Minggu depan saya bakal berkahwin (18 Ogos) dan 20 Ogos genap umur saya 25 tahun.

“Memang sedih tetapi tetap bersyukur kerana ibu dan ayah selamat. Cuma ayah melecur dalam sepuluh peratus terkena api ketika kejadian.

“Walaupun semuanya sudah hangus, majlis perkahwinan akan diteruskan selepas berbincang dengan keluarga dan saudara mara. Lagi pun jemputan sudah diedarkan,” memetik laporan mStar Online.

Namun tambah Nurul Ain, mereka beruntung apabila keluarga tunangnya memahami dugaan yang dialami serta merancang bagi mengadakan majlis berkenaan di sebuah pusat tahfiz berdekatan,

“Tunang saya Ahmad Akmal Abd Rahaman dan keluarganya juga telah dimaklumkan dan mereka juga faham.

“Kami memang rancang untuk adakan majlis perkahwinan di Pusat Tahfiz Al-Muhammadiah, yang terletak di hadapan rumah saya.

“Saya juga bersyukur kebakaran ini tidak merebak ke pusat tahfiz itu,” ujarnya.

Semoga Nurul Ain dan semua ahli keluarganya sabar dan tabah menerima dugaan ini serta diharapkan agar majlis perkahwinan berjalan dengan lancar!

Sumber : Nurul Ain , mStar Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *