Video “Lagu sandarkan pada kenangan duet Sarah Shuib memang win” kejutan Shuib buat Netizen terhibur macam Datuk Jamal U.

Penyanyi Siti Sarah sudah lama tidak muncul dengan lagu terbarunya selepas mendirikan rumah tangga bersama pelawak Shuib Sepahtu. Namun, sejak kebelakangan ini namanya mula meniti di bibir peminat setelah memperolehi gelaran Naib Juara menerusi sebuah rancangan realiti.
Terbaru, penyanyi Kesetiaan ini dikhabarkan akan kembali dengan lagu terbaru selepas 7 tahun. Apa yang menarik adalah lagu tersebut merupakan hasil ciptaan sepenuhnya dari suami tersayang. Shuib Sepahtu.Tak sangka Shuib ada bakat buat lagu juga.

Kelmarin Shuib dan Siti Sarah di jemput ke maljis Sambutan Hari Raya anjuran Jcorp Cooperation di JB dan mereka berduet lagu Sandarkan Pada Kenangan yg satu ketika dulu top nyanyian Siti Sarah dan Datuk Jamal Abdillah.Kali ini Shuib sebagai ganti Datu Jamal dan ianya mendapat pujian dari isterinya…

Amboiii sedapnya suara…!!!

majlis Sambutan Hari raya oleh Jcorp

Video:

Belanja sikit 😊😊😊..Harini dpt berduet dgn penyanyi favourite sy @sitisarahraissuddin 😂😂😂 sbb dulu suka sgt lagu ni… Apepon terima kasih pd Johor Corporation diatas jemputan sebagai Emcee dan merangkap penyanyi 😂😂😂..Thanks pd semua yg hadir sbb anda mmg terbaik!!!Bangga sy jadi Bangsa Johor dgn adenya JCorp 👍..Terima kasih MB Johor merangkap Pengerusi JCorp YAB Dato’ Haji Osman Bin Sapian,juga YB Dato’ Kamaruzzaman Bin Abu Kassim Presiden & Ketua Eksekutif JCorp dan semua yg terlibat kerana menjemput kami suami isteri memeriahkan Majlis ini…Insyaallah ade rezeki kita jumpa lagi ya… Tqqqq @epie_temerloh @epie_temerloh @epie_temerloh yg makeupkan kita smpi org kompius Dafi ke Caprice???😂😂😂 #JohorCorporation #JCorp #MembinadanMembela #persuibofhappyness

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu) on

Apa kata netizen : lebih 90K para netizen menonton Sarah Shuib…

hari ni dapat berduet dengan penyanyi favourite..

sukanya tengok diaorang ni…

sedap suara shuib…

terbaik…

sumber : shuibsepahtu / newscoviral.com via beritasteady

RESPEK!! TAK LUPA ASAL USUL – SHUIB & KELUARGA BERAYA DI KAMPUNG MENERIMA PUJIAN NETIZEN!

Setiap perayaan aidilfitri paling bermakna jika disambut bersama keluarga tercinta. Shuib yang merupakan kelahiran suku banjar yang telah dibesarkan di Johor setiap tahun pasti akan menyambut perayaan di kampung halamannya dengan cara tersendiri.

Shuib merupakan seorang pelawak, pelakon dan pengacara yang sangat merendah diri dan rapat dengan peminatnya. Jika diberi kesempatan korang lebih suka beraya di kampung atau di bandar?

Walaupun Shuib dan Siti Sarah merupakan artis yang popular. Pasangan ini masih merasai kehidupan kampung yang sangat indah bersama keluarga tercinta dengan masakan dan lauk pauk yang sangat sedap. Selain itu, Shuib juga boleh memberi pengajaran kepada anak-anaknya untuk hidup secara bersederhana.

Seronok nampak Shuib sekeluarga kan?

VIDEO:

Video yang telah dimuat naik telah mendapat tontonan sebanyak 534 ribu dan rata-rata netizen memuji keluarga Shuib kerana masih merasai keindahan beraya di kampung.

Banyak kali tengok video ni! susah dah nak dapatkan balik kenangan ni… sedih.

Bestnya raya dapat mendidik anak-anak beraya di desa sebab itulah raya sebenar…

Sumber: IG Shuib Sepahtu via KisahDunia.COM via BeritaSteady.net

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

DIA BAPA SAYA, KAMI HANYA BERGURAU – SITI SARAH KESAL DITUDUH BIADAP

Siti Sarah menjelaskan lelaki dalam video yang dimuat naik adalah bapanya sendiri, Raissuddin Hamzah.

GARA-GARA tidak membeli barang yang dijual seorang lelaki dalam sebuah video yang dimuat naik pada Rabu, penyanyi Siti Sarah menerima kecaman netizen.Bagaimanapun, Sarah menjelaskan video berkenaan hanyalah sekadar gurauan, manakala lelaki tua itu ialah bapa kandungnya iaitu Raissuddin Hamzah.

“Lelaki ini Raissuddin Hamzah. Dia bapa kandung saya, kami hanya bergurau. Dari video ini sebenarnya apa yang kita lihat dia sangat sporting melayan karenah anak-anak yang suka bergurau.

“Nak dijadikan cerita ada pihak yang kata saya biadap sebab tak beli barang pakcik ini,” ujarnya di Instagram.

Sarah mengulas berkenaan video yang dimuat naik di Instagram pada Rabu telah disalah anggap oleh netizen.Penyanyi lagu Kesetiaan ini dikatakan bersikap biadap kerana tidak membeli barang-barang yang dijual oleh lelaki berkenaan.Dalam pada itu, Sarah menasihatkan agar netizen mengkaji terlebih dahulu sesuatu perkara sebelum bertindak meninggalkan komen negatif.

“Kenapa la suka sangat nak keji caci orang tanpa usul periksa. Semoga Allah permudahkan hidup kalian amin,” ujarnya.Sementara itu, menjawab komen salah seorang pengikutnya, Sarah berkata, dia berasa sedih dengan komen negatif netizen sehingga terfikir untuk menutup akaun tersebut.

VIDEO:

Sumber: Mstar via Rosesmediadaily

Sarah, Shuib tinggalkan anak demi kekasih

PENYANYI Siti Sarah dan suaminya, Shuib sanggup meninggalkan tiga orang anaknya demi ‘bertemu’ Allah SWT yang dianggap sebagai kekasih di tanah suci Makkah.
Sarah atau nama sebenarnya Siti Sarah Raisuddin, 34, berkata dia dan suaminya dari kumpulan Sepahtu itu akan menunaikan umrah pada 14 Mei ini selama 14 hari.

“Apabila Shuib beritahu anak-anak yang kami akan pergi meninggalkan mereka lama, memang terus menangis.
“Tapi saya jelaskan betul-betul barulah mereka faham. Demi nak bertemu dengan kekasih kami terpaksa juga meninggalkan mereka.

“Bagi saya, sayang pada Allah adalah yang pertama. Insya-Allah kami akan berangkat ke Makkah pada Isnin ini selama 14 hari,” kata Sarah kepada mStar Online.

Pasangan itu ditemui pada majlis kesyukuran dan doa selamat yang diadakan di Puchong, malam Jumaat.Tambah Sarah, dia dan Shuib tidak mahu membawa anak-anaknya kerana ini merupakan kali pertama mereka menjejakkan kaki di tanah suci Makkah sebagai suami isteri.

“Ini adalah kali pertama saya dan Shuib pergi ke Makkah sebagai pasangan suami isteri. Tapi kalau ikutkan ini kali kedua saya.
“Bukan sengaja tak nak bawa anak-anak tapi biar kami pergi dahulu, tengok keadaan macam mana.

“Sebab tak tahu lagi situasi di sana macam mana kalau bawa mereka. Kali ini saya akan pergi bersama Shuib dan Ustaz Halim,” ujarnya.

Sarah dan Shuib berkahwin pada 2011 dan dikurniakan tiga anak iaitu Uwais Al Qarni, Dzakira Talita Zahra dan Ariq Matin.
Dalam pada itu, pasangan ini tidak membuat persiapan dari segi barangan namun bersiap sedia dari segi mental dan fizikal.

“Memandangkan kami akan berada di sana pada bulan Ramadan, jadi kami hanya membuat persiapan dari segi mental dan fizikal.

“Kalau bab barangan itu tak ada persiapan sangat. Sebab Ustaz Halim beritahu saya jangan fikirkan sangat mengenai pakaian apa yang perlu dibawa.”Lengkapkan diri terlebih dahulu. Baju-baju boleh beli di sana sahaja,” kata Shuib.

Mstar

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *