(VIDEO) Jurugambar National Geographic Bertentang Dengan Pemangsa Dalam Air Dan Apa Yang Berlaku Seterusnya Tidak Disangka-Sangka.

Leopard seal merupakan salah satu daripada spesis anjing laut dan antara spesis haiwan terbesar di Antartika. Ianya besar dan juga berotot di samping memiliki gigi yang besar dan tajam.Leopard seal dikenali sebagai antara pemangsa yang ganas dan digeruni ramai. Oleh itu, apabila jurugambar National Geographic ini bertentang muka dengan haiwan pemangsa ini, dia tidak dapat menahan rasa takutnya.Menurutnya, dia takut memikirkan apa yang bakal berlaku tetapi dia tetap benerang menuju haiwan itu. Kakinya terketar-ketar dan mulutnya terasa kering.

Pemangsa itu sedang menggigit seekor penguin dan selepas melihat jurugambar itu, dia melepaskan penguin itu daripada mulutnya.Leopard seal itu mendekati jurugambar itu dan membuka mulutnya dengan luas. Kepalanya dua kali lebih besar daripada kepala beruang grizzly.Ia membuka mulutnya dan cuba menggigit kepala dan kamera jurugambar itu. Ia mula menunjukkan ancamannya. Tetapi, secara tiba-tiba, sesuatu yang menakjubkan mula berlaku.


Rupa-rupanya ia pergi dan mendapatkan seekor penguin hidup untuk disuap makan kepada jurugambar itu.Ia melepaskan beberapa ekor penguin berdekatan dengan jurugambar itu secara berkali-kali.

Menurut jurugambar itu lagi, kemungkinan leopard seal itu berasa jurugambar itu hanyalah pemangsa yang tidak berguna. Bimbang jurugambar itu mungkin kelaparan, ia mula ingin menyuapkannya makanan.Mula-mula ia bawa penguin lemah, kemudian penguin yang sudah mati dan kemudian ia cuba mengajar jurugambar itu bagaimana mahu makan penguin. Malah, ia cuba menyuapkan penguin yang sudah dimakan separuh olehnya.

Ia mula menyuapkan dan menolak penguin itu ke kamera jurugambar itu. Mungkin ia fikir kamera itu mulut jurugambar itu. Perkara ini berterusan selama empat hari.Jurugambar itu rasa sangat kagum kerana dia tidak sangka, pengembaraannya ke Antartika untuk mengambil gambar haiwan pemangsa ini selesai dengan cara yang tidak diduga selama empat hari.Menurutnya lagi, ianya merupakan satu pengalaman paling hebat sepanjang dia bergelar jurugambar National Geographic.

Hebat betul naluri seekor leopard seal, bukan? Mungkin ramai yang sangka ianya merbahaya tetapi haiwan juga ada rasa keibuan yang tinggi.Anda boleh lihat video penuh di sini.

Sumber: Era Baru via Genarasivirallity

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *