Akhirnya Terbongkar! Farid Kamil Menceritakan Bagaimana Luka Di Dahi Terjadi Yang Selama Ini Dia Simpan..

Setelah sekian lama mendiamkan diri, akhirnya Datuk Farid Kamil mendedahkan perkara sebenar yang terjadi ketika dia berada di dalam tahanan akibat kesalahan memukul seorang anggota polis dan juga disyaki mengambil dadah ketika itu.

Sidang media dibuat hari ini Rabu, 28hb Februari 2018 tentang bagaimana luka di dahi Datuk Farid Kamil. Sidang media ini juga turut untuk menjelaskan tangkapan terhadap dua suspek kerana meracuni Datuk Farid Kamil sebenarnya tidak benar dan 2 orang itu masih bebas. Mereka juga ingin mencari kebenaran bagaimana foto ketika Farid Kamil di dalam Balai Polis boleh tersebar. Farid Kamil juga menjelaskan tentang diri beliau sepanjang sebelum dan selepas kejadian.

Rakaman Sidang Media Berada Di Bawah Artikel

GAMBAR YANG MENJADI KONTROVERSI HARI PERTAMA DFK DITAHAN POLIS


BAGAIMANA LUKA DI DAHI ITU TERJADI?
Mengikut kenyataan yang dibuat oleh Datuk Farid Kamil di dalam sidang media sebentar tadi, beliau menyatakan luka itu terjadi ketika di dalam tahanan. Sehingga kini beliau menunggu laporang berkenaan isu tersebut.

Bila ditanya berkenaan isu bagaimana keluarga beliau setakat ini, Farid Kamil hanya beritahu bahawa isteri beliau Diana Danielle amat ‘supportive’ dan tiada apa apa masalah keluarga kecuali untuk anak anak beliau kerana mereka masih kecil dan apabila ditanya kenapa dahi ayah mereka luka, Farid Kamil hanya beritahu terluka akibat terhantuk.

ADAKAH SOFI JIKAN DAN TAJ INNUENDO BUKAN SUSPEK UTAMA?


Menurut Datuk Farid Kamil, suspek utama seramai 2 orang masih belum ditahan untuk di soal siasat. Ketika sidang media juga Datuk Farid Kamil mendedahkan siapa sebenarnya 2 orang suspek yang dikatakan adalah dari Kerabat Diraja Kedah dan Kerabat Diraja Johor. ( Gambar 2 orang yang dikatakan Farid Kamil terdapat di dalam rakaman sidang media )

“11 Orang Masuk Seperti Power Rangers Ke Dalam Sel Saya Dan Saya Dipakai Baju Untuk Mengikat Tangan Saya Supaya Tidak Boleh Bergerak” – Farid Kamil
Sidang media ini dihadiri oleh ramai wartawan hampir dari seluruh pelusuk media. Semua ingin tahu kisah sebenar apa yang terjadi terhadap Datuk Farid Kamil sebelum selepas dan sekarang apa yang telah terjadi.

Kesemua info ini diambil dari sidang media secara LIVE di HMETRO. – Disclaimer

Ini Adalah Rakaman Penuh Sessi Live Sidang Media Berkenaan Datuk Farid Kamil

Keputusan rasmi berkenaan sidang media masih belum di keluarkan. Apa yang Datuk Farid Kamil mahu hanya keadilan terhadap diri beliau kerana beliau rasa terainaya daripada bermula isu kes pengambaran mandi air najis sehingga menjejaskan kesihatan beliau sehingga ke isu penangkapan beliau akibat di bawah pengaruh dadah sehingga beliau buat sesuatu di luar jangka iaitu melempang salah seorang anggota polis.

Kami di Gedebak Viral mendoakan agar Datuk Farid Kamil sihat semula dari segi mental dan fizikal dan boleh terus berkarya di dalam bidang seni, insyallah.

Artikel Berkaitan ..

Farid Kamil Akhirnya Muncul Di Kaca TV. Ini Jawapan ‘Tenang’ Dari Farid Kamil Bila Ditanya Tentang Apa Yang Terjadi Sekarang Membuat Ramai Terdiam


Pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil bersyukur perjalanan seninya kini berjalan seperti biasa selepas melalui detik kontroversi yang menghambat dirinya.

Video Rakaman MeLeToP Datuk Farid Kamil Berada Di Pautan Akhir Artikel

Farid muncul sebagai tetamu dalam program MeleTOP di Astro Ria untuk mempromosikan drama bersiri Lafazkan Kalimah Cintamu malam tadi.

Ini merupakan kemunculan sulung Farid di kaca televisyen selepas melalui episod hitam yang berlaku bulan lalu.

“Saya masih dapat berjalan hari ini (menghadiri program MeleTOP) dan saya rasa sangat bersyukur.

“Alhamdulillah, kes yang melibatkan saya masih berada dalam siasatan pihak polis. Setakat ini, semuanya okay sahaja,” katanya yang ditemui usai siaran langsung program tersebut.

Ketika ditemubual oleh Datuk Awie dan Erra Fazira yang bertindak selaku pengacara jemputan MeleTOP, Farid berterima kasih kepada semua pihak yang memberikan sokongan kepada dirinya.

“Syukur Alhamdulillah, pengalaman dihambat kontroversi menjadi sebuah kenangan yang tak boleh dijual dibeli. Saya kembali mengenali diri saya, semenjak kecil sehingga dewasa.

“Saya berterima kasih kerana menerima sokongan ramai pihak. Semangat yang diberikan oleh keluarga, teman-teman, rakan seperjuangan dalam bidang hiburan serta peminat menjadi kekuatan saya untuk menghadapi dugaan,” katanya lagi.

Drama bersiri Lafazkan Kalimah Cintamu lakonan Farid, Nelydia Senrose, Adriana Adnan, Azri Iskandar, Adibah Noor dan ramai lagi ini bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria dan Astro Ria HD.

Sumber : Gempak.Com

Sumber Artikel: BeritaKopak

Rakaman MeLeToP Datuk Farid Kamil

Sumber: Gedebakviral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *