Semoga jumpa yang lebih baik menjaga kamu dan lebih m’hargai perasaan kamu. Suatu hari nanti akan ada k’adilan utk kamu.

Setelah episod kontroversi kahwin secara senyap, hari ini suami Izreen Aminda, Ude Wahid membuat keputusan untuk menceraikan isteri pertamanya, Intan Liana. Pemuzik itu telah melafazkan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur sebentar tadi pada jam 2.30 petang.

Bagaimanapun isteri kedua, Izreen enggan memberikan komen lanjut mengenai perpisahan suaminya itu kerana bimbang akan mengeruhkan lagi keadaan. Jelasnya lagi, beliau juga tidak pernah mencampuri urusan pasangan itu.

“Saya pasti apa saja yang keluar daripada mulut saya akan diputar-belit dan dipersalahkan di kemudian hari seperti sebelum ini apabila berita pernikahan kami didedahkan. Saya tidak pernah bertanya mengenai mereka berdua”

“Saya rasa itu jalan terbaik mengelak konflik. Jadi apabila mereka membuat keputusan untuk berpisah, saya juga tidak tahu puncanya. Dan saya tidak punya hak untuk ambil tahu kerana takut nanti disalah anggap dan dipersalahkan kemudian,” katanya kepada Harian Metro.

Sebelum ini Izreen dikecam hebat apabila mengahwini pemuzik itu secara senyap tanpa pengetahuan isteri pertama. Lebih mencetuskan kemarahan orang apabila rumah tangga Ude dan Inta berentakkan sejak mengahwini Izreen.

Sumber: Harianmetro via Kakishare

Air Mata Intan Tumpah Bakal Diceraikan Ude – Intan Liana Saleh

AMPANG: Selepas enam bulan hidup bermadu dengan pelakon Izreen Azminda, keadaan rumah tangga Intan Liana Saleh dan suaminya, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude sukar diselamatkan lagi.

Kedua-dua pasangan itu hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Rabu bagi urusan lafaz cerai selepas Ude, 30, memfailkan permohonan berkenaan terhadap Intan yang dibuat pada 30 November 2017.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonan peguam mewakili Ude iaitu Datuk Mohd. Zaidi Md. Zain yang memohon penangguhan lafaz cerai itu bagi tujuan untuk menyelesaikan beberapa isu tuntutan selepas penceraian.

Hakim Syarie, Shaiful Aziz Jamaludin menetapkan 22 Mac depan bagi sebutan semula kes berkenaan.

sebak juga melihat tangisan Intan ini. Sabarlah ya!

Menurut Mohd. Zaidi, antara alasan penceraian adalah tiada persefahaman antara Ude dan isteri pertamanya itu.

Intan, 33, hadir ditemani ahli keluarganya dengan berjubah dan tudung hitam kira-kira pukul 2.10 petang manakala Ude pula tiba pada pukul 2.30 petang.

Intan kelihatan menitiskan air mata.

Pemuzik bebas itu memfailkan permohonan melalui peguamnya mengikut seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

mStar Online pada 30 November tahun lalu melaporkan Intan sanggup menerima Izreen sebagai madunya.

Wanita itu mendakwa dia mengetahui suaminya telah berkahwin dengan Izreen dan reda dengan keputusan suaminya untuk berpoligami.

Kelihatan Ude bersama peguamnya Datuk Mohd. Zaidi Md. Zain hadir ke mahkamah.

Menurut Izreen pula, dia merahsiakan pernikahannya dengan Ude yang berlangsung pada 8 Ogos tahun 2017 atas permintaan Ude.

Izreen pernah berkahwin dengan jurukamera iaitu Muhammad Riza pada 2012 dan bercerai 2014.

Mereka mendapat seorang anak lelaki iaitu Muhammad Adrian Umar yang kini berusia empat tahun hasil perkahwinan itu.

Manakala, Ude dan Intan pula telah berkahwin pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata masing-masing berusia tiga tahun dan setahun.

Sumber: Mstar

TERDAHULU…

Izreen Azminda Dah Kahwin, Kini Bermadu

Intan membuat pendedahan mengenai suaminya sudah berkahwin dengan pelakon terkenal yang dipercayai Izreen. Foto: Utusan Online.

PETALING JAYA: Ketika pelakon Izreen Azminda dikatakan akan membuat pengumuman khas mengenai status perkahwinannya, aktres itu rupa-rupanya telah berkahwin dengan pemuzik bebas rancangan Gegar Vaganza pada Ogos lalu.

Bagaimanapun, pemuzik itu yang dikenali sebagai Uda atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Wahid, 29, merupakan suami orang yang sudah beranak dua.

Dalam satu rakaman langsung oleh Utusan Online pada Khamis, isteri kepada pemuzik itu, Intan Liana Salih, 30, menerima seorang pelakon sebagai madunya dan ia dipercayai Izreen.

Wanita itu mendakwa dia mengetahui suaminya telah berkahwin dengan wanita berkenaan dua minggu lepas dan dia reda dengan keputusan suaminya untuk berpoligami.

“Saya terkejut apabila mendapat tahu perkara ini pada dua minggu lalu dan tidak sangka kerana hubungan kami baik sebagai suami isteri.

“Pada mulanya saya tidak terima namun disebabkan kasih sayang kepada suami dan anak, saya reda dan terima takdir yang telah ditentukan,” kata Intan tanpa menyebut nama siapa wanita berkenaan.

Izreen dilaporkan bakal berkahwin dengan pemuzik yang dikenali sebagai Uda.

Rumah tangga Intan dan Uda dibina empat tahun lalu. Mereka dikurniakan dua cahaya mata masing-masing berusia tiga tahun dan 11 bulan.

Dalam pada itu, Intan tidak menolak kemungkinan apa yang berlaku ini berpunca daripada kekurangan dirinya sebagai seorang isteri.

“Dia suami yang baik. Kalau bab anak-anak, dia bertanggungjawab. Saya yakin dia mampu untuk berlaku adil.

“Susah nak terima. Mungkin salah saya, tak pandai jaga suami,” ujarnya.

Terdahulu menerusi laporan mStar Online pada Rabu, aktres Izreen Azminda dikatakan bakal berkahwin dengan pemuzik yang dikenali sebagai R atau nama timangannya, Uda.

Menurut sumber, satu majlis doa selamat akan diadakan oleh Izreen pada 7 Disember depan di Damansara Perdana kira-kira pukul 8 malam.

Izreen, 32, yang merupakan ibu tunggal pernah berkahwin dengan juru kamera iaitu Muhammad Riza pada 2012 dan berpisah 2014.

Mereka mendapat seorang anak lelaki iaitu Muhammad Adrian Umar yang kini berusia empat tahun hasil perkahwinan itu.

Sumber: Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *