Adakah Betul Isa Samad Letak Jawatan Dari SPAD. Ini Jawapan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke

Isa Samad telah mengemukakan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, yang mengesahkan perkara itu berkata Isa menghantar surat peletakan jawatan dua hari lalu.

“Isa Samad telah meletak jawatan, berkuat kuasa serta-merta,” katanya semasa sidang akhbar di Kementerian Pengangkutan di Putrajaya hari ini.

Beliau menjawab soalan daripada seorang wartawan mengenai isu tersebut.

Rabu lepas, Loke memberikan tempoh satu minggu kepada Isa untuk meletak jawatan sebagai pengerusi Spad.

“Saya berharap sebagai bekas menteri, dia boleh melakukan perkara yang terhormat dan meletakkan jawatan,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Spad akan dimansuhkan dan tanggungjawabnya akan diambil alih oleh Kementerian Pengangkutan.

Isa samad letak jawatan??

Posted by Oh Gebang on Wednesday, 30 May 2018

Sumber: MKINI

Artikel Lain ..

Jamal gagal hadir ke balai polis

Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Yunos hari ini gagal tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya bagi menyelesaikan isu kes mahkamah yang berkaitan dengannya.

Peguamnya, Datuk Mohd Imran Tamrin yang hari hadir balai polis berkenaan sekali lagi merayu anak guamnya itu agar segera tampil memberi kerjasama dengan pihak polis.

“Pada petang ini kami menanti beliau tetapi sehingga jam 3:30 petang saya masih tidak dapat apa-apa maklumat atau arahan daripada anak guam saya.

“Saya secara peribadi bersama rakan-rakan peguam yang lain akan terus memberikan nasihat dan kami berharap Jamal dapat menampilkan diri dan memberikan kerjasama kepada pihak polis.

“Ini agar semua pihak dapat penjelasan yang sebenar berhubung hal yang berlaku pada hari Jumaat yang lepas dan menyelesaikan segala persoalan dan tomahan yang sedang tular di kalangan netizen,” katanya.

Mengulas lanjut, Imran berkata, ekoran kegagalan Jamal untuk hadir hari ini, dia boleh ditahan polis di mana-mana.

“Polis ada kuasa tahan dia (Jamal) bila-bila masa dan di mana-mana beliau berada,” katanya.

Terdahulu, ketua Gerakan Baju Merah itu didakwa bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan ekoran mengetuai bantahan penganjuran ‘Better Beer Festival 2017’ (BBF17) di hadapan pejabat pentadbiran kerajaan negeri Selangor pada 5 Oktober lalu.

Jamal juga disiasat mengikut Seksyen 34, Akta Senjata Api 1960 atas dakwaan mempamerkan senjata api di khalayak ramai.

Pada 25 Mei lalu, beliau menghilangkan diri dari Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, tempatnya menjalani rawatan dan prosiding mahkamah kesnya.

Dalam rakaman audio yang dihantar kepada pemberita sebelum ini, Jamal menjelaskan tindakannya itu kerana menganggap tempoh tahanannya telah tamat dan hanya ke Tabung Haji untuk mengeluarkan wang bagi perbelanjaan ikat jamin dan kos berkaitan kesnya.

Semalam, Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor dilaporkan menggesa Jamal untuk menyerahkan diri bagi “selesaikan urusan yang tergendala”.

SUMBER : MKINI

Video Terkini Jamal Yunos Membuat Rayuan Dari Ladang Kelapa Sawit Kerana Dia Gagal Hadir Ke Balai Polis

Selepas gagal hadir di balai polis hari ini, Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Yunos mengirimkan klip video untuk memberi penjelasan.

Dalam klip video berdurasi 7 minit itu, Jamal yang dilihat berada di kawasan kelapa sawit menjelaskan bahawa dia bimbang akan ditangkap pihak berkuasa sebaik sahaja hadir memberi kenyataan.

“Saya bukannya menolak pelaksanaan undang-undang terhadap saya tetapi apabila yang berlaku terhadap saya ini (sehingga) dengan nama saya disenaraihitamkan dan (saya) diletak dalam langkah keselamatan khas oleh PDRM (saya jadi bimbang).

“Dan selepas SPRM menyerbu kediaman saya, pejabat, dan beberapa tempat lain, saya bimbang daripada semalam hinggalah malam tadi rumah saya diserbu oleh polis, (selain) kediaman ibu saya, rakan-rakan saya.

“Ini yang membimbangkan saya untuk hadir hari ini ke IPD Ampang walaupun saya telah berjanji semalam (untuk datang),” katanya.

Jamal sebelum ini berjanji untuk hadir ke IPD Ampang Jaya bagi memberi keterangan pada kira-kira jam dua petang.

Bagaimanapun, beliau gagal hadir seperti dijanjikan.

Sementara itu, Jamal juga memohon perlindungan daripada Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan kepada beliau sekiranya mahu dirinya segera tampil memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.

“Saya mohon Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberikan jaminan kepada saya seorang pemimpin politik, pemimpin aktivis supaya tidak dizalimi, tidak dianiaya.

“Saya melihat apa yang berlaku kepada saya hari ini seperti mana Tun Dr Mahathir menzalimi (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dan rakan-rakannya ketika dahulu.

“Saya bukannya penjenayah tetapi saya diperlakukan seperti penjenayah dan pengganas sekarang ini,” katanya.

Terdahulu, ketua Gerakan Baju Merah itu didakwa bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan ekoran mengetuai bantahan penganjuran ‘Better Beer Festival 2017’ (BBF17) di hadapan pejabat pentadbiran kerajaan negeri Selangor pada 5 Oktober lalu.

Jamal juga disiasat mengikut Seksyen 34, Akta Senjata Api 1960 atas dakwaan mempamerkan senjata api di khalayak ramai.

VIDEO PENUH JAMAL DI LADANG KELAPA SAWIT

SUMBER : MALAYSIA KINI via KLVIRAL

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *