Ramai Teruja Bila Tiba Tiba Sajat Buat Pengumuman Ini. Memang Mengejutkan

Nur Sajat, antara jutawan kosmetik di dalam Malaysia. Saing saing dengan nama Dato Seri Vida dan Aliff Syukri. Sajat antara jutawan yang boleh kita gelarkan juga sebagai selebriti terutama di dalam media sosial. Bermacam macam isu tentang sajat, dari isu produknya sendiri sehingga isu tentang jantinanya sendiri yang sampai sekarang belum ada apa apa pengesahan.

Baru baru ini Datuk Aliff Syukri menimang cahaya mata yang sangat comel dan rakan baik beliau iaitu Nur Sajat berkunjung ke rumah Aliff Syukri untuk melihat wajah comel anak Aliff Syukri, Yusoff Al Qardawai.

Wajah Yusoff Al Qardawi iaitu anak keempat Datuk Seri Aliff Syukri menarik perhatian ramai sejak hari pertama bayi itu lahir. Sesiapa sahaja yang melihat Yusoff pasti akan tersenyum dan ‘cair’ melihat kecomelannya.

Berkesempatan untuk melihat dan mendukung Yusoff sendiri, Nur Sajat juga teringin untuk mendapatkan zuriat sendiri tahun depan. Sajat juga meminta peminatnya mendoakan agar dia boleh mendapat seorang bayi yang comel seperti Yusoff.

Namun, timbul juga persoalan daripada netizen, bagaimana agaknya jika Sajat mengandung? Mereka masih meragui status sebenar jantina usahawan kosmetik itu. Memang penuh dengan misteri kan?

 

Untuk pengetahuan anda, Sajat sebelum ini mempunyai dua orang anak angkat yang merupakan pasangan kembar iaitu Nur Syaza Sajidah dan Muhammad Syahmi.

Agak mendalam betul maksud Sajat untuk peminat mendoakan dia cepat ‘lekat’, mungkinkah beliau bakal menamatkan zaman bujangnya bersama kekasih hati Coach Yin tidak lama lagi?

SUMBER : BEAUTIFUL NARA

SAJAT BUAT HAL PULAK. SAJAT KENA BELASAH DENGAN PONDAN TUA LIVE

Siapa yang tak kenal dengan NurSajat yang dikatakan menimbulkan pelbagai kontroversi dengan jantinanya selain dari sering melakukan perkara perkara yang mencetuskan kontroversi. Nur Sajat sehingga kini tidak dapat dipastikan jantinanya meskipun beliau mengaku bahawa dirinya seorang khunsa.

Nur Sajat walaubagaimanapun tetap dikatakan adalah seorang lelaki atau pondan oleh netizen kerana banyak telah terdedah maklumat peribadi beliau seperti kad pengenalan beliau sebagai seorang lelaki . Selain itu sebelum beliau menjadi popular sebagai jutawan di media sosial video pendedahan lama beliau turut menjadi viral di media sosial menunjukkan bahawa waktu itu beliau sendiri mengaku sebagai maknyah.

Nursajat kini telah hilang lama di media sosial setelah beliau kini tidak lagi popular kerana netizen muak dengan perbuatan kontroversi beliau namun beliau muncul lagi dan menjadi viral kerana beliau dikatakan diserang oleh pondan tua yang agak kasar sewaktu beliau sedang live di instagram.

Walaupun begitu netizen menganggap bahawa ianya adalah satu gimik oleh Nursajat sekali lagi untuk menghangatkan kembali nama beliau setelah sekian lama beliau tidak menimbulkan kontroversi dan tidak menjadi bualan netizen dalam jangkamasa yang lama. Kali terakhir Nursajat dilihat menjadi viral adalah sewaktu dia dipersoalkan jantinanya oleh pihak JAKIM.

Meskipun JAKIM mendapat keputusan bahawa Nursajat adalah khunsa namun NurSajat tetap dianggap sebagai seorang lelaki oleh netizen kerana keterangan jantina beliau yang sering berubah ubah. Apa pandangan anda? adakan untuk kontroversi semata mata?

SUMBER

‘TAK PERGI TERAWIH KE?’- SAJAT DIKECAM MUAT NAIK FOTO ‘GOODNIGHT’ DI LAMAN IG

‘Tak Pergi Terawih Ke?’- Sajat Dikecam Muat Naik Foto ‘Goodnight’ Di Laman IG

Alahai, kasihan MH lihat pengasas kosmetik, Nur Sajat yang tidak habis-habis menjadi bahan kecaman ramai.

Ada sahaja yang dilakukannya tidak kena di mata netizen.

Baru-baru ini, Sajat memuat naik dirinya mengenakan pakaian tidur dan mengucapkan ‘selamat malam’ di laman Instagram miliknya.

“Malam ini tidur awal, good night,”tulisnya.

Berikutan itu, netizen mempersoalkan sama ada Sajat tidak menunaikan solat sunat terawih memandangkan sekarang ini bulan ramadan.

Malah, ada juga komen netizen mengenai pakaian tidurnya itu.

Netizen ni pun, pada MH, mungkin Sajat ada sebab tersendiri. Korang jangan mudah menuduh.

Tak pun, Sajat dah buat terawih di rumah, kita tak tahu kan? Tak pasal-pasal menuduh, dapat dosa pulak.

Apa-apapun, janganlah bergaduh, mengutuk, mengeji, menghina atau mengeruhkan lagi keadaan. Jom kita baca al-Quran selama 1 jam pada 7 Jun 2018 bersama-sama.

SUMBER: IG NURSAJAT VIA MEDIAHIBURAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *