Pengawal keselamatan jabatan perdana menteri songlap duit 3.5 juta PRU14 bahagi sama rata ditangkap.

Telah banyak kes yang terbongkar setelah peralihan kuasa yang buat pertama kalinya di Malaysia pada tahun 2018 iaitu daripada kerajaan Barisan Nasional yang telah lebih 60 tahun memerintah dan dipercayai oleh rakyat Malaysia namun kepercayaan tersebut jelas telah pudar apabila pada tahun 2018 sejarah baru tercipta apabila kerajaan Malaysia telah beralih kepada Pakatan Harapan yang kini menjadi kerajaan baru di Malaysia.

Setelah Pakatan Harapan berkuasa pelbagai siasatan dijalankan terhadap kerajaan yang sebelumnya yang dikatakan hilang kepercayaan rakyat kerana Barisan Nasional dikatakan korup dan seringkali dituduh melakukan pelbagai korupsi didalam ahli dalam bekas perti kerajaan tersebut . Terbongkar pelbagai kegiatan oleh kaki tangan termasuk menteri menteri Barisan Nasional yang membuktikan perkara perkara tersebut benar benar berlaku.

Kelmarin viral pula di media sosial bahawa 17 orang pengawal jabatan perdana menteri Malaysia telah mencuri wang yang bernlai lebih 3.5 juta ringgit dari Jabatan Perdana menteri dan digunakan untuk kepentingan pribadi masing masing . Menurut laporan TV3 dikatakan bahawa 17 orang tersebut membahagikan wang tersebut antara 300 hingga 500 ribu seorang dengan sama rata dan masing masing telah membelanjakan wang tersebut.

Berikutan dengan wang yang dicuri tersebut yang tidak dapat dikesan oleh Barisan Nasional, Najib yang merupakan bekas perdana menteri memberitahu bahawa beliau tidak menyangka perkara tersebut berlaku dan beliau memberitahu bahawa wang 3.5 juta yang telah dicuri tersebut adalah milik UMNO dan ianya merupakan dana bagi UMNO dalam pilihanraya yang ke 14 baru baru ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *