Masih Ingatkah Kita Tentang Suntikan BCG Di Sekolah Dahulu? Ini Rupanya Sebab Kenapa BCG Buat Kulit Kita Melepuh dan Berbonjol..

Beberapa siri artikel mengenai vaksin sebelum ini banyak memperkatakan tentang virus. Tetapi vaksin BCG atau Bacillus Calmette-Guerin ini adalah vaksin bagi melindungi kita dari penyakit tuberkulosis (tibi) yang diakibatkan oleh bakteria – Mycobacterium tuberculosis.

SEJARAH VAKSIN BCG

Vaksin BCG mungkin antara vaksin yang menggunakan tradisi pemvaksinan yang diteraju oleh Edward Jenner pada hujung abad ke-18. Baca lebih lanjut mengenai sejarah vaksin di sini. Vaksin ini melindungi jangkitan tibi antara 75-50% dan melindungi dari kematian akibat jangkitan sehingga 70%.

Selepas Jean Antoine Villemin meneliti tentang tuberkulosis yang menjangkiti lembu seperti manusia pada tahun 1854. Robert Koch pula menemukan bakteria Mycobacterium bovis yang menyebabkan tibi pada lembu, ia berbeza dengan Mycobacterium tuberculosis yang menyebabkan penyakit yang sama pada manusia.

Kejayaan imunisasi smallpox menggunakan virus cowpox yang kurang virulen oleh Edward Jenner mendorong para saintis ketika itu mengaplikasikan teori yang sama terhadap tibi. Mereka menggunakan Mycobacterium bovis pada manusia dalam program imunisasi terhadap tibi.

Mycobacterium tuberculosis. Imej NIH

Malangnya, program ini menemui kegagalan dan tragedi. M. bovis (tibi lembu) sebenarnya sama virulen seperti M. tuberculosis (tibi manusia). Ia juga menjangkiti manusia dan menyebabkan tibi!

Albert Calmette, seorang doktor Perancis dan Camille Guerin, seorang doktor veterinary di Institut Pasteur de Lille berminat melakukan pengkulturan M. bovis dalam media kultur yang berbeza. Tidak dalam sangkaan mereka untuk menemui pemerhatian bahawa bakteria M. bovis yang dikultur dalam media glycerine-bile-potato (campuran glycerin, ekstrak kentang dan ekstrak hempedu lembu) tidak lagi begitu virulen menjangkiti manusia.

Image result for mycobacterium tuberculosis

Sehingga kini, konsep yang sama digunakan untuk membina vaksin BCG iaitu dari bakteria M. bovis yang kurang virulen dibiak dalam media pengkulturan yang merendahkan lagi tahap virulen mereka. Namun, media pengkulturan yang digunakan untuk mengkultur Mycobacterium kini tidak lagi mengandungi bahan biologikal.

Contohnya media Middlebrook 7H9 yang hanya menggunakan garam mineral (kalium fosfat, magnesium sulfat, ferric ammonium citrate, natrium hidroksida, zink sulfat), pyridoxine (vitamin B6), asid glutamik dan biotin (vitamin B7) atau media Sauton yang mengandungi garam mineral (seperti media Middlebrook 7H9 diatas), asid amino asparagin dan gliserol.

APA ADA DALAM VAKSIN BCG?

Vaksin BCG hanya mengandungi bakteria Mycobacterium bovis hidup yang dilemahkan ia kemudiannya dikering-beku (lyophilised / freeze-dried). Penyediaan ini ditambah monosodium glutamate (MSG) sebagai pengawet

Pelarut yang terdiri dari air steril yang mengandungi natrium klorida (garam dapur) digunakan untuk suntikan.

MENGAPA VAKSIN BCG MENYEBABKAN LEPUH?

Vaksin BCG adalah menggunakan bakteria hidup yang dilemahkan. Ia disuntik dibawah kulit (intradermal) dan membentuk gelembung kecil berisi cecair vaksin ini. Bakteria hidup dalam vaksin BCG adalah sangat imunogenik untuk mengaruh sistem imun.

Siri Vaksin: Kenapa Vaksin BCG Buat Kulit Kita Melepuh?

Bakteria M. bovis yang disuntik akan menyebabkan kehadiran banyak sel-sel seperti makrofaj ketempat suntikan. Makrofaj akan mengenal bakteria M. bovis sebagai patogen, menelannya dan berusaha mengeluarkannya dari tubuh. Ini akan membentuk jangkitan setempat yang digelar granuloma.

Jangkitan setempat ini akan sembuh dan tidak menyebabkan jangkitan tuberculosis (ia tidak patogenik). Namun, ia menyebabkan fibrosis pada tempat suntikan dan membentuk parut BCG anda!

RUJUKAN

Vaccine insert: BCG. Japan BCG Lab. Accesses om 15/11/2017

Trentini MM, de Oliveira FM, Kipnis A, Junqueira-Kipnis AP. The role of neutrophils in the induction of specific Th1 and Th17 during vaccination against tuberculosis. Frontiers in microbiology. 2016;7.

Higgins JP, Soares-Weiser K, López-López JA, Kakourou A, Chaplin K, Christensen H, Martin NK, Sterne JA, Reingold AL. Association of BCG, DTP, and measles containing vaccines with childhood mortality: systematic review. bmj. 2016 Oct 13;355:i5170.

Higgins JP, Soares-Weiser K, Reingold A. Systematic review of the non-specific effects of BCG, DTP and measles containing vaccines. WHO: Strategic Advisory Group of Experts on Immunization. 2014 Mar 13.

Timothy F. Brewer; Preventing Tuberculosis with Bacillus Calmette-Guérin Vaccine: A Meta-Analysis of the Literature, Clinical Infectious Diseases, Volume 31, Issue Supplement_3, 1 September 2000, Pages S64–S67

Colditz GA, Brewer TF, Berkey CS, Wilson ME, Burdick E, Fineberg HV, Mosteller F. Efficacy of BCG Vaccine in the Prevention of TuberculosisMeta-analysis of the Published Literature. JAMA. 1994;271(9):698–702. doi:10.1001/jama.1994.03510330076038

Roy, A; Eisenhut, M; Harris, RJ; Rodrigues, LC; Sridhar, S; Habermann, S; Snell, L; Mangtani, P; Adetifa, I; Lalvani, A; Abubakar, I (5 August 2014). “Effect of BCG vaccination against Mycobacterium tuberculosis infection in children: systematic review and meta-analysis”. BMJ (Clinical research ed.). 349: g4643

ANTARA OAT, NASI LEMAK DAN ROTI : YANG MANA PILIHAN SARAPAN ANDA?

Umum antara 3 pilihan di atas, pastinya ramai akan memilih oat, katanya lebih sihat. Benarkah begitu?

Ada apa dengan kalori.

Kalori sebenarnya merujuk kepada nilai unit kepada tenaga. Semakin banyak kalori yang terkandung dalam makanan, semakin banyak tenaga yang perlu untuk dibakar. Jadinya, dika dibandingkan oat, roti dan nasi lemak, pastinya nasi lemak akan mempunyai nilai kalori yang paling tinggi, diikuti roti dan oat. Soalnya, adakah itu cukup untuk penilaian anda?

Pengenalan kepada indeks glisemik.

Indeks Glisemik merupakan satu indeks piawai berdasarkan kesan makanan berkanji kepada paras glukosa darah dalam tempoh masa 2-3 jam berdasarkan makanan rujukan (Glukosa). Setiap makanan akan mempunyai nilai indeks glisemik yang berbeza mengikut jenis kanji dan pelbagai faktor lain.

Dengan kata lain, sekiranya kita mahu tahu makanan jenis karbohidrat yang kita makan itu dan serapannya didalam darah, maka kita boleh melihat kepada nilai GI (perkara ini penting sekiranya anda dalam proses menurunkan berat badan atau seorang pesakit kencing manis).

GI ini ada 3 tahap :
– Rendah : 0 – 55
– Sederhana : 55 – 70
– Tinggi : 70 – 100

No automatic alt text available.

Nilai GI yang terdapat pada salah satu jenis roti di pasaran.

No automatic alt text available.

Antara roti yang mempunyai nilai GI paling rendah di pasaran.

Semakin tinggi nilai GI, Semakin cepatlah masa pencernaan dan penyerapan makanan tersebut.

Pelbagai jenis roti dengan indeks glisemik yang berbeza

Satu hal sekiranya GI, sekeping roti 46.
Jadi, kalau kita ambil lebih daripada satu roti, berapa GI nya?
Adakah meningkat ataupun sebaliknya?

Sekiranya GI roti tersebut 46, maka banyak mana kita makan pun, GI ianya tetap sama iaitu 46.

Tetapi . . .

Makan makanan berkarbohidrat dengan jumlah yang banyak meningkatkan paras gula dalam darah.
Macam mana tu?

Maka, selain melihat kepada GI, ada lagi satu perkara perlu kita ketahui iaitu GL.

Apa itu GL?

GL (Glycemix Load) merupakan satu indikator lain yang menggunakan GI untuk menentukan berapa banyak jumlah makanan berkanji yang kita boleh makan supaya tidak terjadinya paras gula yang tinggi dalam darah.

Analogi mudah untuk GL, jika kita ada roti yang GI bernilai 46.
Akan tetapi kita musykil untuk mengetahui berapa bahagian saiz hidangan supaya paras gula kita tak naik, jadi, kita akan melihat kepada GL.
GL ini tentukan berapa banyak saiz hidangan kita perlu ambil walaupun makanan itu rendah GI.

Sebab itu pentingnya GI & GL.
Makanan rendah GI tapi kalau GL tinggi, boleh menyebabkan paras glukosa dalam darah kita tinggi juga.

Jadi apa guna kita kawal GI kalau tak kawal GL.

GL pun ada 3 tahap iaitu :
Rendah : bawah 10
Sederhana : 11 – 19
Tinggi : > 20

Formulanya,

GL = (GI × grams of CHO) ÷ 100

*grams of CHO itu akan merujuk kepada food exchange system.

Contoh kalau sekeping roti sama dengan 1 exchange.
1 exchange sama dengan 15 grams CHO.

Jadi,

GL 1 roti = (46 × 15) ÷ 100
GL 1 roti = 6.9 (kategori rendah GL)

Kalau kita ambil dua keping roti,
GL 2 roti = (46 × 30) ÷ 100
GL 2 roti = 13.8 (kategori sederhana)

Jika kita makan sandwich dengan 4 keping roti, maka anda boleh kira sendiri berapa nilai GL makanan berkenaan.

Jadi, ilmu untuk dikongsikan hari ini adalah berkenaan nilai GI dan GL.

Jika anda ingin melihat senarai indeks glisemik makanan, boleh rujuk kepada rujukan ini.

  1. https://www.health.harvard.edu/diseases-and-conditions/glycemic-index-and-glycemic-load-for-100-foods
  2. http://pendidikanpesakit.myhealth.gov.my/en/glycaemic-index-and-glycaemic-load/

Rujukan :

  1. Nota kuliah Sains Pemakanan UKM (pelbagai rujukan)

Jadi antara oat, roti dan nasi lemak, yang mana pilihan hati? tepuk dada, tanya selera.

Kredit kepada penulis asal post ini iaitu anak murid penulis sendiri (Saudara Zulfadli-Ijazah Sarjanamuda Sains Pemakanan Tahun 4)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *