Luahan Gadis Menjadi Isteri Usia 11 Tahun Dan Ini Jawapan Keluarga Ayu Yang Pasti Mengejutkan Ramai

“SEJAK berkahwin hampir dua minggu lalu, kami tidak pernah tidur bersama kerana Abe (suami) berjanji kami hanya akan tinggal bersama, lima tahun lagi.

“Walaupun ramai yang marahkan saya, namun saya tidak mahu bercerai selagi Abe mahukan saya dan saya sendiri sayangkannya,” luah kanak-kanak 11 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Ayu.

Kanak-kanak terbabit dipercayai berkahwin dengan lelaki berusia 41 tahun, pada 18 Jun lalu.

Perkahwinan kanak-kanak yang juga warga Thailand itu mengejutkan ramai apabila berkahwin dalam usia muda dan gambar perkahwinan mereka yang berlangsung di negara jiran itu tular sejak malam tadi, selepas dimuat naik oleh isteri kedua lelaki itu, Siti Nor Azila Zulkifle, 34.

Ayu berkata, dia berkahwin dengan suaminya pada Aidilfitri keempat dan dia dibawa oleh kedua ibu bapanya ke Selatan Thailand untuk berkahwin.

“Sebelum Aidilfitri, mak ayah bertanyakan saya hajat Abe mahu berkahwin dengan saya. Saya terima kerana saya sendiri sudah sayangkannya.

“Saya tahu saya masih muda dan tidak bersekolah, lagipun saya sudah lama kenal dengan Abe, anak Abe juga rakan saya di kampung.

“Saya sayangkan Abe kerana Abe seorang yang baik,” katanya ketika ditemui di kediamannya, di Gua Musang, hari ini.

Sementara itu, bapanya, Mat Rashid Rimadsa, 49, berkata sudah 20 tahun mereka tinggal di Gua Musang dan bekerja sebagai penoreh getah.

Katanya, hasil getah yang diperoleh ada kalanya dijual kepada lelaki itu yang kini menjadi menantunya.

“Seminggu sebelum raya, menantu saya datang menyampaikan hajat untuk berkahwin dengan anak bongsu saya dan sekiranya saya bersetuju, majlis pernikahan akan dibuat di Thailand pada hari raya keempat.

“Pada mulanya saya memang terkejut kerana anak masih muda, namun menantu saya memaklumkan dia kasihan kepada kami sekeluarga yang hidup susah dan berjanji akan memberi kehidupan lebih selesa selepas berkahwin dengan Ayu.

“Malah, menantu juga memaklumkan dia hanya akan menjalani kehidupan suami isteri, mendaftarkan perkahwinan dan mengambil anak saya tinggal bersama lima tahun lagi, menyebabkan saya terima lamaran itu,” katanya.

Mat Rashid berkata, perkahwinan anaknya kini menjadi bualan mulut orang ramai, namun anaknya tidak tertekan mahupun sedih, malah, masih mampu keluar rumah.

“Apa yang berlaku selepas ini saya serahkan kepada menantu saya untuk menguruskannya. Saya sudah lama kenal dengan menantu kerana sebelum ini kami sekeluarga menyewa di sebelah rumah isteri pertamanya.

“Anak saya juga berkawan baik dengan anak menantu dengan isteri pertama. Sebelum ini, ketika menantu saya bercuti ke mana-mana, mereka juga akan membawa anak saya bersama.

“Jadi, soal bercerai atau perkahwinan tidak diterima madu anak saya, biarlah menantu saya yang uruskan kerana kami orang miskin,” katanya.

Posted by Oh Gebang on Saturday, 30 June 2018

SUMBER : HMETRO ONLINE

Terkini Isu Nikah Budak 11 Tahun. Ini Komen Balas Majis Agama Islam Narathiwat

Terkini Isu Nikah Budak 11 Tahun. Ini Komen Balas Majis Agama Islam Narathiwat | Ramai kata mereka nikah di Narathiwat, tapi bila wartawan tanya wakil dari Majlis Agama Islam Narathiwat, ini jawapan balasnya buat ramai terkejut.

NAFI PASANGAN TERSEBUT PERNAH BERNIKAH DI NARATHIWAT

Majlis Agama Islam Narathiwat menafikan budak perempuan berusia 11 tahun dan pasangannya 41 tahun berkahwin di daerah berkenaan, baru-baru ini.

Naib Yang diPertua majlis itu, Abdul Aziz Che Mamat, berkata pihaknya tidak pernah melakukan proses perkahwinan kedua-dua pasangan itu yang menjadi viral selepas gambar akad nikah budak itu keluar di Facebook.

Katanya, Majlis Agama Islam Narathiwat sentiasa menjadi tumpuan rakyat Malaysia untuk berkahwin terutama mereka yang mahu berpoligami.

Bagaimanapun katanya, undang-undang agama Thailand tidak menghalang perkahwinan membabitkan remaja bawah umur yang mendapat restu kedua ibu bapa remaja itu.

“Sejak beberapa tahun lalu hingga hari ini, tidak ada upacara akad nikah membabitkan remaja bawah umur dilakukan di pejabat kami di Narathiwat dan ia bukan kesalahan menikahkan remaja atau pasangan bawah umur di Thailand,” katanya ketika dihubungi NSTP hari ini.

Abdul Aziz berkata, undang-undang Thailand tidak melarang perkahwinan bawah umur kerana ia dapat menghalang maksiat daripada berlaku.

“Pihak agama Thailand bersetuju untuk mengahwinkan mereka yang berumur 16 tahun ke bawah kerana ia sah mengikut hukum syarak agama Islam.

“Ini juga supaya dapat mengelakkan kelakuan zina dan sebagainya membabitkan pasangan itu,” katanya.

Sementara itu, sumber berkata, pasangan yang dimaksudkan berkemungkinan besar berkahwin di pejabat agama di Sungai Golok bersempadan dengan Kelantan.

Katanya, kebanyakan pasangan Malaysia terutama dari Kelantan memilih untuk berkahwin di situ kerana jarak perjalanan yang dekat.

Perkahwinan kanak-kanak yang juga warga Thailand itu mengejutkan orang ramai apabila baru berusia 11 tahun.

Kedua-dua dipercayai berkahwin di Thailand pada Aidilfitri keempat (18 Jun) dipercayai ditemani ibunya. (Sumber: Berita Harian)

ADUHAI 11 TAHUN DAH JADI MADU

Usianya baru 11 tahun, tapi mengejutkan sudah bergelar status seorang isteri apabila berkahwin dengan peraih getah berusia 41 tahun, baru-baru ini.

Perkahwinan yang dipercayai berlangsung di Selatan Thailand itu tular selepas isteri kedua lelaki berkenaan memuat naik beberapa status dan gambar di laman sosial Facebook miliknya, memaklumkan perkahwinan membabitkan suaminya itu.

Berdasarkan status yang dimuat naik, wanita berkenaan turut mengucapkan tahniah kepada suaminya selain menyindir lelaki itu yang sanggup berkahwin lain sedangkan dia dan empat anak dipinggirkan.

Status yang dimuat naik wanita berkenaan menjadi tular malam tadi sehingga menjadi bualan ramai di Facebook dan ada netizen berpendapat lelaki berkenaan tidak sepatutnya berkahwin dengan kanak-kanak bawah umur.

Lelaki itu sudah mempunyai dua isteri dan mempunyai enam cahaya mata.

Difahamkan, isteri pertama dan kedua serta kanak-kanak itu tinggal di Gua Musang dan budak berusia 11 tahun adalah kenalan kepada anak isteri pertama.

Usaha untuk menemuramah isteri kedua gagal apabila wanita berkenaan enggan selain sudah memadamkan kesemua status yang dimuat naik sejak malam tadi.

Berdasarkan status yang dimuat naik isteri kedua memaklumkan, hasil perkahwinan dengan suaminya itu mereka mempunyai empat anak, manakala isteri pertama dua anak.

Malah katanya, status berkenaan perkahwinan terbaharu suaminya dimuat naik selepas dia berbincang dengan isteri pertama terlebih dahulu.

Status berkenaan turut memaklumkan dia sudah merujuk perkahwinan suaminya itu kepada Mahkamah Syariah, ustaz dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta menyerahkan perkara itu kepada pihak berkenaan untuk siasatan lanjut.

Akhbar pada 2010 turut melaporkan satu kes yang hampir sama iaitu membabitkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun menanggung tekanan selama lapan bulan selepas didakwa dinikahkan oleh ayahnya sendiri dengan lelaki berusia 41 tahun.

Mahkamah Syariah memutuskan perkahwinan kanak-kanak itu dengan lelaki berkenaan tidak sah. (Sumber: Berita Harian)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *