“Kalau Hantaran Mahal, Kenapa Tak Beritahu Awal-awal?” – Ibu Elfira Loy Sound Suffian Suhaimi, Dedahkan Apa Sebenarnya Berlaku

Nampaknya konflik putus tunang antara penyanyi Suffian Suhaimi dan Elfira Loy masih hangat menjadi bualan netizen. Kalau sebelum ini, ayah kepada Elfira sendiri meminta agar Suffian tidak memberikan sebarang kenyataan agar tidak lagi mengeruhkan keadaan.

Terbaru, seorang pengguna twitter berkongsi post ibu Elfira yang dimuat naik di laman Instagram. Ibu Elfira memberikan tips untuk menyimpan duit hantaran. Dia juga mempersoalkan kenapa tidak beritahu awal-awal kalau hantaran itu tinggi.

Tips simpan duit hantaran

Menerusi seorang pengguna twitter, dia berkongsi posting yang dibuat ibu Elfira di laman Instagram yang telah di privasikan. Namun, individu ini sempat screenshot segala post yang dibuat ibu Elfira.

Kenapa tak beritahu awal-awal?


Sepatutnya diri sendiri rasa terhina


Mungkin tak cukup ikhlas?

Walau bagaimapun, tweet ini mendapat perhatian pihak Elfira sendiri yang menganggap individu ini tidak sepatutnya menyebarkan luahan ibunya.

Tak perlu nak sebar-sebarkan

Elfira Loy mengalah, percaya kepada Allah

“Saya mengalah. Saya tak mahu lagi mengawal dan buat keadaan seperti biasa lagi. Kalau anda hendak buat apa yang anda rasa okay, teruskanlah. Tak mengapa, saya percaya kepada Allah.”

Itu luahan pelakon, Elfira Loy, 24, beberapa jam yang lalu menerusi laman sosial Instagram miliknya.

Luahan itu dipercayai merujuk kepada spekulasi dan pelbagai dakwaan yang tersebar berikutan episod putus tunangnya dengan penyanyi, Sufian Suhaimi pada 18 Februari lepas.

Namun, ada juga pihak yang mendakwa luahan itu dipercayai merujuk kepada kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan Sufian baru-baru ini di platform media.

Bagaimanapun, maksud sebenar luahan tersebut hanya diketahui dan dapat disahkan oleh pelakon wanita itu sendiri.

Sumber : Twitter dylawok via AbadKini via Mediabergetah

Sufian Suhaimi Dedahkan Syarat Yang Ditetapkan Oleh Ibu Elfira Loy .. Bukan Biasa Biasa Syarat Dia.

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Sufian Suhaimi, menepis spekulasi kononnya jumlah wang hantaran tinggi menjadi punca pertunangan dirinya dengan pelakon, Elfira Loy, putus.

Katanya, dalam keghairahan sesetengah pihak untuk menjadi orang pertama yang ‘tahu’ segala-gala, sebahagiannya tampil bersama andaian sendiri.

Sebelum ini, wujud dakwaan mengatakan Sufian kononnya tidak mampu untuk menyediakan jumlah wang seperti diletakkan oleh keluarga pihak perempuan, sehingga ikatan yang disimpulkan pada 6 Oktober tahun lalu terlerai.

Begitupun, ketika ditanya sendiri kepada empunya diri, penyanyi Terasa Ada itu menafikan perkara terbabit.

“Saya percaya, dalam hal sebegini, banyak pihak seperti mahu menjadi yang pertama. Seolah-olah, mereka tahu segala-gala yang berlaku.

“Tidak kurang juga yang membuat andaian dan kesimpulan sendiri, termasuklah dalam soal wang hantaran. Sedangkan, hakikatnya tiada isu pun dalam perkara itu.

“Silalah berhenti daripada membuat kesimpulan sendiri dan hormatilah keluarga saya serta Elfira,” katanya sambil menegaskan, dirinya sekali-kali takkan mudah melatah dengan segala apa yang terjadi.

SYARAT IBU ELFIRA LOY KEPADA SUFIAN SUHAIMI
Jelasnya, selama ini, tiada jumlah wang hantaran tepat yang ditetapkan, sebaliknya beliau perlu membaca sebuah surah sebagai syarat memiliki gadis berkening lebat itu.

“Sebelum berkahwin dengan anaknya, ibu Elfira ada meletakkan syarat seperti saya perlu menghafal Surah al-Mulk, selain menabung sejumlah wang setiap hari,” katanya.

Sementara itu, ketika diminta ulasannya berhubung tindakan netizen mempersenda diri dan judul lagunya, Sufian berkata, tumpuannya kini adalah lebih kepada berdepan kontroversi terbabit dan memulihkan imej yang tercalar.

Baru-baru ini, segelintir netizen dikatakan mempersenda penyanyi ini dan lagunya, seperti mewujudkan tanda pagar #terasaadawalausekejap, berdasarkan dendangannya, Terasa Ada.

“Dalam hal mempersendakan ini, ia tidak sepatutnya dijadikan bahan jenaka. Begitupun, saya maafkan mereka kerana masing-masing tidak tahu apa yang berlaku,” katanya yang bakal muncul dengan single keempat, Di Matamu.

Belum pun dilancarkan, video lirik tidak rasmi lagu itu kini sudah pun ‘trending’ nombor satu di YouTube.

SUMBER : BHARIAN

VIDEO LAGU BARU SUFIAN SUHAIMI

TERDAHULU…

Akhirnya, Bapa Elfira Loy Tidak Boleh Diam Kan Diri .. Ini Pesanan Tepat Kepada Sufian Suhaimi

KUALA LUMPUR: Ahmad Sabri Ariffin, iaitu bapa Elfira Loy, mahu Suffian Suhaimi berhenti mengeluarkan kenyataan berhubung kontroversi putus tunang bagi menjaga hati semua pihak.

Ahmad Sabri berkata, sejak kebelakangan ini, beliau mendapati Sufian kerap mengulas isu berkenaan sedang keluarga kedua-dua belah pihak sepakat untuk tidak memanjangkan perkara itu, apatah lagi membuat kenyataan kepada media.

“Sejak cincin tunang dipulangkan kepada keluarga Sufian di Muar, Johor pada 18 Februari lalu, saya fikir, hal ini tidak akan berpanjangan.

“Malah, bapa saudara yang mewakili keluarga Sufian ketika itu pun berharap tak perlu diperbesar dan dipanjangkan lagi isu putus tunang ini.

“Namun, perkara di sebaliknya terjadi. Saya lihat Sufian terus bercerita dan anak saya, hanya beberapa kali memberi kenyataan. Saya fikir, kenapa dia perlu ‘main’ lagi isu itu?

“Anak saya juga tidak mahu memanjangkan lagi perkara itu. Bagi saya, ayah atau bapa saudara Sufian elok menasihatinya supaya tidak memanjangkan perkara itu… Benda ini sudah tamat,” katanya kepada BH Online.

Bulan lalu, dunia hiburan kecoh apabila Filzah Yusoff iaitu ibu pelakon Elfira, mengesahkan pertunangan anaknya dengan penyanyi lagu Terakhir itu, putus.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Bukan Kerana Duit, Tapi Kerana…” – Elfira Menangis Dedah Sebab Sebenar Putus Tunang

Mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober, spekulasi ikatan pasangan ini goyah mula diperkatakan sejak Disember lalu apabila mereka tidak lagi memuat naik gambar bersama di laman sosial.

Sebaik Sufian mengakui berita ikatan pertunangan dengan pelakon itu putus, spekulasi mula bertebaran mengenai punca pasangan ini berubah hati. Penyanyi itu juga dilihat beberapa kali mengulas isu berkenaan kepada media sedangkan Elfira lebih banyak berdiam diri.

Ahmad Sabri berkata, beliau bagaimanapun faham tugas wartawan untuk mendapatkan bahan berita.

“Sufian boleh cakap ‘tidak’ dan jangan lagi memberi komen. Saya kurang pasti apakah semua ini strategi Sufian dan pihak pengurusannya yang mahu mempromosikan lagu baharunya.

“Selepas memulangkan cincin, saya yakin dan percaya keluarga kedua-dua belah pihak menerima ketentuan ini dengan lapang dada. Hal jodoh dan pertemuan itu milik Allah,” katanya.

Ikuti luahan hati Ahmad Sabri dan harapan melihat Elfira bahagia dengan hidupnya, dalam sisipan B*POP akhbar BH, esok.

SUMBER : BHARIAN ONLINE via GEDEBAKVIRAL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *