Ini Kata Kata Ahmad Maslan Yang Begitu Dalam Maksudnya Setelah Sekian Lama Dia Mendiamkan Diri

VIDEO PENUH BERADA DI BAWAH ARTIKEL

MAKSUD YANG MENDALAM DARI DATUK AHMAD MASLAN

Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Ahmad Maslan menyamakan partinya dengan kapal yang sedang tenggelam. Bagaimanapun, menurut Ahmad beliau yakin jika Umno bersatu, parti itu tidak akan lama menjadi pembangkang.

TIDAK AKAN JADI PEMBANGKANG LAMA

“Dengan izin Allah kita mungkin tidak lama jadi pembangkang sebagaimana yang berlaku di negeri yang kita kalah. Kita yakin Malaysia ini, kita kalah tetapi kita boleh menang balik,” katanya dalam rakaman video disiarkan Umno Online.

Pada piihan raya umum ke-14 (PRU14), 9 Mei lalu Umno dan BN buat pertama kali dalam sejarah tewas di peringkat persekutuan selepas 61 tahun berkuasa.

Parti itu juga kehilangan semua negeri kecuali Perlis dan Pahang. Manakala Sarawak mengadakan pilihan raya negeri secara berasingan daripada pilihan raya umum.

“Kita berikan kepercayaan kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk mereka mentadbir dan mengepalai parti ini.

UMPAMA KAPAL AKAN TIMBUL KEMBALI DAN SEMUA AKAN SELAMAT

“Dengan sokongan padu itu maka Insya Allah parti kita yang umpama kapal yang sudah tenggelam ini boleh diambil, boleh diangkat kembali ke permukaan air dan diselamatkan semua isi-isi di dalam nya.

“Yakinlah bahawa jika kita bersatu, kita akan kuat dan kita akan boleh hadapi mereka,” katanya yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Pontian.
Ahmad berkata Pakatan Harapan hanya menang 122 kerusi daripada 222 kerusi parlimen dan ia bukan merupakan kemenangan besar.

“Oleh kerana itu kemenangan mereka tidak membolehkan mereka mendabik dada. Mereka harus memenuhi manifesto yang telah mereka janjikan

“Manifesto yang menjanjikan bulan dan bintang itu harus mereka tunaikan. Jika mereka tak tunaikan percayalah rakyat akan bangkit dan tukar kerajaan yang ada ini,” ujarnya.

SUMBER : MALAYSIA KINI

Yakini Kepimpinan Parti, Bangkit Bersama Untuk UMNO Yang Lebih Kukuh

Youtube Kredit: UMNO Online via Buletinnetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *