Gempar!. Che Tah Benar Kan Poligami Tapi Takut Orang Ambil Zain.

Gambar Hiasan

Saya takut orang ambil Zain: Che Ta.

SELEBRITI cantik, Rozita Che Wan mengakui tidak menolak poligami, namun anti dengan golongan yang merampas suami orang.

Jelas pelakon yang lebih mesra dipanggil dengan panggilan Che Ta ini, sebagai seorang wanita, kita tidak dapat menghalang suami kita berkahwin dengan wanita lain, tetapi boleh menghalang diri untuk berkahwin dengan suami orang.

“Kalau kita kahwin dengan lelaki bujang, kita tak boleh nak halang kalau suami nak berkahwin lain. Tapi kita sebagai wanita, boleh halang diri kita untuk berkahwin dengan suami orang.

“Malah saya sendiri tidak menghalang poligami. Cuma kalau kita tahu lelaki tersebut sudah berkahwin, kita avoid.

“Saya memang tak suka wanita yang ambil suami orang. Sebab saya takut orang ambil laki (suami) kita,” selorohnya ketika ditemui pada majlis pengenalan Duta Koperasi Tunas Muda Sg Ara Berhad, di sebuah hotel di ibu negara, sebentar tadi.

Dalam majlis berkenaan, Che Ta telah dilantik selaku duta syarikat berkenaan.

Tambah wanita berusia 45 tahun ini, orang yang menghancurkan hidup wanita adalah golongan wanita sendiri.

“Kenapa perempuan lain nak hancurkan hidup perempuan lain?” ujarnya.

Menegaskan tidak menujukan kenyataannya kepada individu secara khusus, Che Ta juga sempat menitipkan pesanan buat mereka yang pernah diduga rumah tangga dan kini bergelar ibu tunggal.

“Bagi yang telah dimadukan, saya harap mereka teruskan kehidupan. Tak perlu untuk melihat benda yang sudah berlalu.

“Past is past. Mungkin jodohnya dengan suaminya setakat itu sahaja. Malah mungkin juga kehidupan dan rezeki yang lebih baik juga bakal menanti,” ujarnya

Sumber: sinarharian

Patutlah Che Ta Cakap Zain ‘Right Person’ Untuknya. Ini Rupanya Rahsia Rumah Tangga Mereka Bahagia. Kena Baca Ni!

Cantik, terkenal, punya keluarga bahagia dan suami yang penyayang antara bonus pada pelakon bermata galak ini. Tidak keterlaluan jika ada yang menjadikan Che Ta sebagai sumber inspirasi. Namun bagi empunya diri, segalanya adalah atas ketentuan Yang Maha Pencipta.

“Soal ada yang menjadikan diri saya idola, jujurnya  saya terharu namun semua itu berlaku secara kebetulan dan bukan saya rancang. Ia anugerah terindah yang diberikan oleh Yang Maha Esa. Berbanding orang lain, mungkin rezeki saya lebih ke arah itu dan saya sangat bersyukur.

“Cuma saya bimbang juga kerana bila sudah menjadi idola maka apa jua yang kita lakukan diperhatikan. Tetapi jujurnya saya lebih suka menjadi diri sendiri dan bukan seperti yang orang lain mahukan.

Saya tidak suka berpura-pura. Seperti yang orang lihat saya pada hari ini, itulah diri saya yang sebenar. Sebelum ini saya ibu tunggal dan besarkan anak-anak sendiri dan alhamdulillah kini saya sudah punya keluarga bahagia.

Zain ‘Right Person’ Untuk Saya

Mengakui Zain bukan jenis suami yang romantik sepanjang masa. Tetapi menurut Che Ta, suami kesayangannya itu banyak menunjukkan sifat romantik dengan pada perbuatan dan diselang seli dengan kata-kata.

“Pada saya, Zain adalah ‘Right person’ untuk saya.  Soal perbezaan usia tidak menjadi hal kerana walaupun Zain lebih muda tetapi dia jenis ‘family man’ dan tidak suka keluar suka-suka kerana kami berdua tahu tanggung jawab dan status masing-masing.

“Malah, Zain banyak masa di rumah kalau saya ada penggambaran di luar. Kebetulan pejabatnya dekat dengan rumah memudahkan dia menguruskan bab hantar dan ambil Aisyah dari sekolah kalau pemandu tak sempat ambil. Jika ada apa-apa hal di rumah waktu ketiadaan saya,  Zain yang  tolong ‘cover’ dulu . Aisyah pun dengan ayahnya cukup takut. Kalau diikutkan Zain lebih tegas dalam mendidik berbanding saya.

Berikut beberapa tip bahagia yang dikongsikan oleh Cha Ta:

  1. Zain jenis yang tidak cerewet baik dari pemakanan dan sebagainya.
  2. Kalau bergaduh atau berlaku perselisihan faham cepat-cepat selesaikan kerana tidak suka perbesarkan benda yang remeh.
  3. Jika tidak puas hati tentang sesuatu perkara akan berterus terang kerana tak suka ia memberi kesan yang berpanjangan pada hubungan suami isteri.
  4. Zain bukan jenis yang kuat merajuk. Dibandingkan Che Ta yang suka merajuk dan tukang pujuknya Zain.
  5. Zain suka menghulurkan kata-kata maaf walaupun itu bukan salah dia.

Sumber foto: @blackpepperproduction

Sumber: www.keluarga.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *