Elfira Loy & Peminat Bergaduh, Salah Faham Kerana Posting Ibunya Di Instagram?

Elfira Loy Bergaduh Dengan Peminat ? Rupanya Ini Punca Yang Tak Disangka Sangka…Aduh, Macam-Macam lah.

Kerana sebuah posting berkongsi pandangan berkenaan tip daripada ibu Elfira Loy, seorang gadis di Twitter telah ditegur oleh pelakon ini!

Semua ini terjadi apabila ada seorang netizen berkongsi pandangannya tentang posting ibu kepada pelakon ini dengan berkata sebenarnya jika hantaran terlalu tinggi boleh sahaja jika di kurangkan dari awal, jangan terus bersetuju dan kemudian hanya cakap ia terlalu tinggi.

Malah, gadis ini turut berkongsi posting ibu Elfira yang dimuat naik di Insta Stories milik ibunya.

Menurut gadis ini, ibu Elfira ada menulis sesuatu berbunyi…

“Sepatutnya dia sendiri rasa terhina tinggalkan anak dara orang lain dan ambil anak dara orang lain secara tak baik. Tak seharusnya dorang ni tak jumpa dirimu.”

“Kenapa perlu nak ucap terima kasih dengan media? Kata masih contact dengan dia? Mungkin tak cukup ikhlas ke tak cukup (sensasi)?” (Tulisan tidak jelas mungkin kalau ada sesiapa yang ada versi lebih clear boleh betulkan apa-apa kesalahan di sini)

Malah, gadis yang dikenali sebagai Dyla Wok ini turut mengatakan jika RM20 pun tidak boleh nak menyimpan jangan harap untuk berkahwin dengan anak orang kaya.

Namun bagaimanapun, tindakan gadis ini telah membuatkan Elfira sendiri bertindak menyekat dirinya daripada mengakses akaun Twitternya.

Mungkin tidak selesa posting ibunya menjadi perhatian ramai, Elfira telah membalas dan mempertikaikan apakah niat sebenar gadis ini.

Malah, Elfira turut menjelaskan untuk membiarkan ibunya untuk luahkan apa yang dia mahukan.

Dalam pada itu, Elfira berkata semua kata-kata gadis ini tiada salahnya dan hanya berserah kepada Sang Pencipta.

Bagaimanapun ramai netizen memberi pandangan masing-masing dan ada yang beranggapan sebagai seorang ibu kepada selebriti yang sering dimendapat perhatian ramai, patutnya ibu kepada Elfira tidak patut berkongsi sesuatu seperti ini di media sosial.

Dalam masa yang sama, di Twitter, Elfira turut berkongsi pandangannya dan berkata dia perlu mengingatkan dirinya setiap kali mendengar berita buruk atau gossip tentang dirinya jangan mudah melenting.

Malah, Elfira juga sempat mengemas kini akaun Instagramnya dengan sekeping gambar dan kapsyen yang sungguh deep!

Aduh, macam-macam lah. Nampaknya isu putus tunang Elfira Loy dan Sufian Suhaimi tidak akan sampai ke penghujungnya.

Apapun MH harap Elfira terus kuat dan bersabar menghadapi semua ini.

Sumber: Mediahiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *