Budak Ini Dicekik Diangkat Ke Dinding Oleh Abang Kawasan Hanya Sebab Ini

RAKAMAN CCTV PENUH ADE DIBAWAH ARTIKEL INI

PETALING JAYA: Hanya kerana namanya diconteng pada dinding, seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘abang kawasan’ tanpa usul periksa bertindak kasar terhadap dua kanak-kanak di Flat Teratai Ampang pada Khamis lalu.

Lebih malang, adegan conteng di dinding itu bukanlah dilakukan oleh kanak-kanak itu.Menurut emak saudara mangsa yang disapa Ayu, tindakan ‘gangster’ itu tidak sepatutnya berlaku, lebih-lebih lagi terhadap kanak-kanak.

“Salah seroang mereka telah mengangkat kanak-kanak lelaki itu ke dinding sebelum melepasnya dengan kasar.

“Lebih kesian, salah seorang budak tu baru saja balik berniaga dengan ibunya.

“Ibu mangsa pergi ke pejabat pengurusan untuk melihat sama ada betul atau tidak anak mereka yang conteng dinding itu.

SALAH ORANG

“Ternyata bukan mereka yang conteng tetapi budak lain.

“Mungkin dia marah sebab ada conteng dengan carutan nama abang kawasan itu.

“Anak saudara saya tidak kelihatan dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) itu, tetapi saya dapat tahu dia kena cekik, tampar dan rambutnya di tarik,” ujarnya kepada mStar Online.

Menurut Ayu, sepatutnya mereka yang dewasa tidak perlu layan karenah budak-budak itu.

“Mereka patut siasat dan bawa budak-budak jumpa ibu bapa mereka,” jelasnya mengenai video berdurasi satu minit 23 saat berkaitan insiden itu yang tular di laman sosial.

Tambah Ayu, selepas melihat rakaman CCTV, lelaki tersebut ada meminta maaf di atas tindakannya.

SUMBER : MSTAR ONLINE

Video Penuh:

Memalukan bila lihat orang dewasa memperlakukan sebegini kepada budak kecil.

SUMBER

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *