Astaghfirullah.. Lihat Kelakuan Dua Anak Kecil Ini Pasti Akan Membuat Anda Mengurut Dada

Komen tentang video : (atau scroll ke bawah terus tonton video Penuh)

Astaghfirullah.. Lihat kelakuan dua anak kecil ini pasti akan membuat anda mengurut dada. Netizen: “anak sama bpk sama aja maling ‘buah tak jauh jatuh dari pohonnya’ terkadang tdk di ajari pun memang sudah bawaannya begitu..sontoloyo” Anda boleh scroll ke bawah tonton video terus, untuk mengetahui info yang lebih lanjut dan lengkap.

Kenapa ada budak-budak walaupun masih kecil sudah pandai curi barang orang lain? Kanak-kanak yang sangat kecil kadang-kadang mengambil perkara yang mereka mahu tanpa memahami perkara-perkara yang membebankan wang dan bahawa salah untuk mengambil sesuatu tanpa membayarnya. Remaja pula tahu mereka tidak sepatutnya mencuri, tetapi mungkin mencuri untuk keseronokan atau kerana rakan-rakan mereka lakukan. Sesetengah mungkin percaya mereka boleh lari dengannya. Oleh kerana mereka diberi lebih banyak kawalan terhadap kehidupan mereka, sesetengah remaja mencuri sebagai cara memberontak.

Dan sebab-sebab kompleks lain boleh menjadi faktor. Kanak-kanak mungkin marah atau mahu perhatian. Tingkah laku mereka mungkin mencerminkan tekanan di rumah, sekolah, atau dengan rakan-rakan. Ada yang mungkin mencuri sebagai jeritan untuk bantuan kerana penderaan emosi atau fizikal yang mereka alami.

Apa-apa pun, info di atas adalah sekadar kongsi maklumat. Sekarang mari kita tonton video di bawah. Astaghfirullah.. Lihat kelakuan dua anak kecil ini pasti akan membuat anda mengurut dada. Saksikan

Sila tonton video:

ARTIKEL MENARIK DIBAWAH….

LAPTOP HARGA RM5,999 HILANG. BELI TAK SAMPAI SEMINGGU. DAPAT TANGKAP BUDAK YANG CURI, BILA DITANYA INI SEBAB KENAPA DIA CURI

Kehilangan laptop berharga RM5,999 membuatkan pelajar ini tak senang duduk dan puas bertanya pada rakan-rakan jika ada yang ‘mengambil’ laptopnya itu. Malangnya tiada seorang pun yang mengaku, memaksa pelajar ini meminta bantuan ahli keluarganya.

Menurut abangnya, @symzmn yang berkongsikan kronologi kejadian itu di Twitternya berkata, individu yang mengambil laptop itu adalah rakan kepada adiknya sendiri yang terdahulu bermati-matian mengaku tidak melakukan perbuatan terkutuk itu.

Segalanya terbongkar apabila ada rakan mangsa yang memaklumkan seorang penjual laptop baru saja mengiklankan laptop jenama sama dengan milik mangsa menyebabkan mereka mula curiga dan menyiasatnya.

MINGGU lepas, laptop adik aku hilang di UiTM. Baru beli tak sampai sebulan lepas, harga RM5,999. Dah cakap dah, jangan beli mahal-mahal. Dan semalam juga dapat tangkap budak itu. Nasib baik kawan adik aku nampak iklan nak jual laptop Predator baru dan siap waranti lagi.

Terus aku WhatsApp dealer ini nak tengok spec laptop depan-depan. Deal sekejap nak tengok waranti, terus dia bagi gambar waranti dan nombor sirinya ditutup. Tetapi masih boleh detect tarikh dan yang lain-lain semua sama.

Apa lagi, set masa dan masa itu juga kumpul adik beradik dengan sepupu plan nak tangkap dealer ini. Deal di McDonald’s Batu Caves.

Menurut adik aku, dealer itu sebenarnya tidak bersalah sebab dia memang penjual laptop di UIA sebelum itu. Jadi, belum 100 peratus lagi bahawa laptop itu milik

Sampai di sana, aku dengan abang ipar aku deal. Kakak dengan adik aku jaga pintu dan abang serta sepupu aku duduk tepi. Tengok spec semua sama macam laptop adik aku punya. Sekali dealer pusing belakang laptop sebab nak tengok bateri, aku perhati nombor siri dulu.

Memang sah laptop adik aku! Memang anginlah semua. Tetapi ajak dealer pergi balai. Tak sampai lagi balai, dia beritahu yang dia tidak bersalah sebab dia beli laptop ini dari budak lain petang itu juga dengan harga RM3,300.

Rupa-rupanya kawan adik aku sendiri yang buat kerja ini sebab gambar profile WhatsApp terpapar muka dia. Punyalah hari kejadian dia bersumpah yang dia tak curi laptop. Memang benganglah kitorang dan dealer yang kena tipu itu.

Ajak pergi jumpa depan balai tak nak, sebab tak ada transport. Memang maralah kitorang. Pastu deal di area rumah dia dekat McDonald’s Curve. Rasa panas itu membuak-buaklah sebab jauh kot?

Sampai saja, suruh budak yang curi itu bayar balik RM3,300 itu kepada dealer laptop itu. Menggelupurlah dia nak bayar kan sebab dah jam 12 pagi. Last-last kena tnggu sebab sistem pembankan tergendala.

Lepak McDonald’s kejap, bagi aiskrim pada budak pencuri itu sebab kitorang pun ada hati dan perasaan sambil menunggu pukul 1 pagi untuk transfer duit.

Cerita punya cerita, pencuri ini rupanya tahi ganja juga. Nak duit untuk beli ganja. Aduh! Memang nak ke balai, rosak pula masa depan budak ini. Memang kenalah.

Rupa-rupanya bukan dia seorang saja yang buat ‘kerja’ ini, kawan-kawan dia pun terlibat sama. Sama kos dan sama batch engineering. Memang masaklah budak-budak ini. Nasib baik duit dengan laptop semua dapat balik.Report yang lepas-lepas biar UiTM yang uruskan. Nak kena buang pi lantaklah.

Di sini aku nak beritahu:
Kawan-kawan kau pun tak boleh percaya sangat sebenarnya.Dealer laptop tolong minta resit dan maklumat penjual laptop kepada anda, senang nak trace bila apa-apa terjadi.Laptop Acer Predator ini hilang pun tak apa sebenarnya sebab ada lost warranty.

Lagi satu, kalau beritahu awal, senang saja aku trace guna Google dan IP address. Boleh tahu last guna laptop itu bila. Syukurlah tiada apa-apa yang terjadi semalam.

Sumber: @symzmn via The Reporter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *