Akhirnya Tun Mahathir Membuat Pengakuan Samada Beliau Masih Menjadi Diktator Atau Tidak

SCROLL KEBAWAH UNTUK MENONTON VIDEO PENUH

Sebelum ini ramai melabelkan Tun Dr Mahathir Mohamad seorang DIKTATOR. Apa itu DIKTATOR?

Diktator merupakan seorang pemimpin negara yang berkuasa mutlak. Diktator biasanya bukan dipilih secara demokratik oleh rakyat negaranya, dan merampas kuasa melalui cara kekerasan. Seorang diktator berupaya melaksanakan undang-undang sendiri tanpa perundingan dengan pihak atau badan lain. Biasanya, diktator merupakan ketua tentera atau parti dominan satu negara.

Di negara-negara Barat, istilah “diktator” biasanya dikaitkan dengan kekerasan dan penindasan yang kejam. Contoh-contoh orang yang dianggap diktator ialah Benito Mussolini dari Itali, Adolf Hitler dari Jerman, Idi Amin dari Uganda dan Francisco Franco, bekas Ketua Negara Sepanyol.

Jadi benarkah Tun Mahathir ini adalah diktator? Dalam wawancara hari ini bersama media beliau sendiri mengeluarkan ayat diktator. Mari baca ulasan berita tersebut.

VIDEO PENUH DISEDIAKAN DI BAWAH

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau perlu berbincang dengan kabinet tentang pendirian kerajaan dalam isu perjanjian dagangan.

Dr Mahathir juga mengusik bahawa beliau bukan lagi seorang diktator.

“Kami belum berbincang tentang perkara itu (perjanjian dagangan) tapi semua tahu pendirian saya tentang hal ini.

“Tapi sudah tentu, pendirian saya dipengaruhi oleh rakan-rakan saya dalam kabinet.

“Ini kerana saya bukan lagi diktator,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet di Putrajaya hari ini.

Dr Mahathir dikenali lebih cenderung kepada ‘perjanjian dagangan adil’ berbanding ‘perjanjian dagangan bebas’.

Malaysia dan 10 negara Asia Pasifik pada 9 Mac lalu menandatangani Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).

Perjanjian itu merupakan alternatif kepada Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang digugurkan selepas AS keluar daripada rundingan. CPTPP tidak sekontroversi TPPA memandangkan ia tidak mengandungi tuntutan AS termasuk isu hak cipta.

Bagaimanapun, Malaysia dijangka tidak akan melaksanakan perjanjian itu sehingga 2019 kerana beberapa undang-undang berkaitan perjanjian itu belum dipinda.

SUMBER : MALAYSIA KINI

Pengakuan Tun M “Saya Bukan Lagi Seorang Ditaktor”

Pengakuan Tun M “Saya Bukan Lagi Seorang Ditaktor”

Posted by Oh Gebang on Wednesday, 30 May 2018

SUMBER: KLVIRAL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *