Abby Abadi Seru Jangan Buang Anak, Cari Beliau – “Tak payah tanya status sah ke tak sah, mereka tak berdosa..”

Bagi peminat Abby Abadi, korang mesti tahu bahawa dia dan suaminya, Muhammad Faizal mengambil dua anak angkat iaitu Muhammad Daiyan Fayyadh dan Maisara Dayana Fathia yang dikatakan sebagai ‘kembar tak seiras’.

Terbaru, pelakon berusia 40 tahun itu ada berkongsi luahan hati dan pandangan di laman Instagram sekiranya ada pasangan ibu bapa yang berhasrat untuk mengambil anak angkat.

“Alhamdullillah syukur Allah permudahkan segalanya. Mana-mana adik, kakak, ibu yang sedang mengandung dan akan melahirkan tapi tak berkemampuan untuk menjaga baby tu, cari saya.

“Dimana saja, saya sedia membantu. Jangan dibuang, jangan diambil nyawa mereka atau sebagainya ye adik dan kakak ye. Ada jalan penyelesaiannya. Janganlah kesilapan kita hingga menidakkan hak mereka. Mereka juga berhak untuk hidup diatas muka bumi Allah ini.

“Untuk anak-anak yang dicarikan ibu bapa penjaga ni, tak perlulah ditanya status mereka kerana 1001 macam masalah dalam dunia ni. Tak tertulis kat sini.


“Yang pasti, sah ke tak sah, mereka tak berdosa. Mereka dilahirkan ibarat kain putih. Kitalah yang bertanggungjawab menjaga mereka untuk menjadikan mereka ni beragama/kenal Allah atau sebaliknya,” tulisnya.

Abby juga pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Norman Hakim dan memiliki tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.

Salam Jumaat 😍 . Kes tadi dah selesai ye. Alhamdullillah syukur ALLAH permudahkan segalanya 😍 . Mana2 adik, kakak, ibu2 yg sedang mengandung, yg akan mlahirkan tapi tak berkemampuan utk menjaga baby tu, cari Sy. Dimana saja, Sy sedia membantu. Jangan dibuang, jangan dibunuh atau sebagainya ye Adik Kakak ye. Ada jalan penyelesaiannya. Janganlah kesilapan kita hingga menidakkan hak mereka. Mereka juga berhak utk hidup diatas mukabumi ALLAH ini . Satu lagi: Untuk anak2 yg dicarikan ibu bapa penjaga ni, tak perlulah ditanya status mereka. 1001 mcm masalah dlm dunia ni.. tak tertulis kat sini Yg pasti, sah ke tak sah, mereka tak berdosa. Mereka dilahirkan ibarat kain putih. Kitalah yg bertanggungjawab menjaga mereka utk mnjadikan mereka ni beragama/kenal ALLAH atau sebaliknya.. Wallahuallam. Sekian. Okbai 😘

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

Sumber : Abby Abadi via Oh My Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *